spek mata

aku seorang yang rabun, tahap rabun aku lebih 600, huhu
tanpa spek aku tak ubah macam orang yang buta, merayap sana sini bila benda jatuh, seksa...

spek amat penting untuk aku, seolah-olah dunia tidak bermakna bila spek xde, tapi sila faham betul2, DUNIA, bukan KEHIDUPAN :)


selain tu, spek juga melindungi mata aku dan memperbetulkan pandangan aku. menurut beberapa sumber rabun jauh berpunca daripada cahaya terkolimat menghasilkan titik tumpuan imej di hadapan retina,tidak seperti mata normal yang berada tepat di retina, dengan spek, cahaya tu dapat ditumpukan pada titik yang betul, hehe

tapi rabun aku mengajar aku beberapa perkara, bila aku tengah merayap cari benda jatuh, aku terfikir, macam mana orang buta boleh hidup? aku bersyukur ^^,

dan spek mengajar aku memahami kepentingan al-quran, bagaimana? senang ja, spek untuk orang rabun, al-quran untuk semua manusia

~al-quran akan melindungi kau dan
~al-quran akan membimbing kau di laluan yang betul
 hanya bila kau amalkan, yakni guna dalam kehidupan kau, seperti spek mata :)

seperti aku yang rabun, bila bangun pagi, spek adalah benda pertama yang akan aku capai, dan sebelum tidur spek adalah benda terakhir yang akan aku letakkan


tapi lepas ni, taknak lah spek mata tu ja, nak KACA MATA ISLAM tu pon sama T.T


kita semua rabun(jahil) dan memerlukan spek mata(al-quran)

cerita kelas memandu

hari ini kelas memandu lagi ,dah 4 kali, dan ini kali ke- 5 aku. guru aku, ********, oleh kerana aku seorang yang sukar bergaul, aku memutuskan berguru dengan kaum sejenis, hoho, tapi ulasan dari kenalan yang pernah berguru dengan lain jantina, lebih positif dari aku, huhu, dan aku yakini kenyataan itu


bila kaum sejenis, tahap keseganan akan kurang daripada berlainan jantina, oleh itu bila lain jantina, pengajaran tu lebih berfakta dan teratur sebab keseganan yang hadir
=.= kemain skema ayat aku... dan aku sebenarnya sensitif sikit,kurang kasih sayang la katakan, bila orang lain tegur dan marah aku, jujur aku lemah dan cepat gelabah dan panik, akhirnya...kelam kabut la jawabnya


hari pertama elok, alhamdulillah, hari kedua elok dan masih boleh dikawal, alhamdulillah
tapi hari ketiga, guru aku dah bawa aku keluar litar, pergi jalan raya, dengan pelajaran basic aku yang hanya tahu mengawal stereng, dan pijakan kaki, mula2 ok, lepas tu dapat arahan suruh tukar gear, dan seterusnya arahan lagi, syukur tukar gear da diberitahu awal2 ketika ceramah, sekadar beri arahan, tiada pun maklumat tambahan, bila mcm ni, mcm ni, pakai gear ni,bila kat sni tukar gear ni, fikir positif,mungkin nanti cikgu akan bagi penerangan

hari -4, keluar litar lagi, mula2 ok, kemudian cikgu bagi arahan tukar gear 2, ok, i follow tapi beberapa saat kemudian, dengan nada marah, "buat apa yang patut! tak perlu tunggu cikgu beritahu"

dan time tu aku macam "hah!"
sambil cakap dalam hati, "matilah aku, matilah aku, habislah, bila nak tukar gear lagi ni? eh! takpe ka aku pakai gear ni kalau kat sini dan bla..bla.."
agak2 waktu tu aku boleh tenang?

hoho... kelam kabut ja adalah... dekat setengah jam lebih aku cakap dalam hati macam tu

tu cerita pendek, nak cerita full story, susah.. senang cerita aku tekad dalam hati aku taknak belajar lagi, dan keesokannya aku inform kat cikgu aku, tak dapat belajar, ada urusan,haha, tapi nak lari sampai bila en, aku kena hadapi

dengan khidmat jiran yang baik hati, aku tanya apa yang patut dan minta penerangan segala-galanya yang aku tak tahu, lepastu sedikit ilmu dari bapak aku, siap lukis peta laluan besar gedabak aku tunjuk kat bapak kemudian tanya, hingga bapak aku cakap "apa guna ada cikgu?" err... aku takut + segan dengan cikgu tu bapak, huhu...


dan tadi, sekali lagi pembelajaran aku bermula, smooth ja, xda tegur2 dan marah2, hoho, bila balik, cikgu tu cakap kat aku "hamba[bukan nama sebenar], sedar tak kau ada peningkatan hari ni? cikgu takda tegur dan marah kau" sambil senyum, manakala aku buat suara kecil skdr bg respon, dalam hati syukur teramat dan senyum sensorang..

bila sampai umah aku cerita kat jiran baik aku, dan dia kata "kenapa kau tak jawab ja, aku ada peningkatan sebab da berguru dengan 2 orang" haha

12/11/2012

aku tidak hebat dalam bercerita tetapi masih mempunyai keinginan berkongsi cerita. dan saat ini ku tatapi skrin dihadapan berkali-kali, tiada tindakan,hanya diam menatap sambil berfikir apa yang ingin ku lakukan.

AH!!! buang masa, terbazir begitu sahaja,dan situasi tu tak berlaku sekali dua,tapi berkali-kali. haha...
sejujurnya pelbagai kisah yang ingin ku catitkan, namun mindaku tak dapat merungkai ayat bicara, dan akhirnya hanya kebisuan menjadi jawapan

berubah hati dan pilihan? itu diri aku, seperti manusia lain juga,aku masih mencari diri sendiri, umur mula menjangkau 20, lama... terlalu lama kehidupan di dunia,dan aku masih belum dapat mengenali diriku sendiri,tapi ALHAMDULILLAH, jiwa aku tidak terlalu kosong, pengalaman... suatu perkara yang tak bisa diajar secara teori, tetapi beri kau satu kefahaman logika kehidupan, latih tubi menuju ke hadapan...

laluan hidup aku tak pernah merasa kekosongan, setiap langkah ada cerita dia sendiri. perlukah aku cerita? haha, x perlu kot, tapi jangan disalah ertikan pula, cuma aku bukanlah seorang yang bijak bercerita, keh keh keh, jadi sebelum aku terus membuang masa kalian, lebih baik aku berdiam bukan?

keseorangan?sunyi? ramai yang rasa perasaan tu, tak terkecuali aku, tapi sunyi aku lain, dan kesunyian mereka lain, mereka ada mak ayah, sahabat cuma xde pakwe/makwe ja, dan mereka berkata "sunyi?", lain kes pula, semua ada, cuma nak demand lebih yakni nak perhatian sentiasa, yang ini aku serius tak suka, menggedik ja, wakakap, dok kata orang ja aku ni, yang sunyi aku bila nak cerita...hehe

sunyi aku? hmmm, bagaimana ingin ku katakan,... sunyi itu macam lebih pula... aku sekadar rasa kosong, bukan kosong hati atau jiwa, tapi kosong seolah-olah tak tahu kehidupan seperti apa yang aku lalui, kurangnya pergaulan, duduk dirumah bersendirian, haha, kehidupan aku tak sama seperti kalian, yang punyai ibu ayah adik kakak yang bisa dijadikan teman bualan, kulihat insan lain berasa gembira bila berada di rumah sendiri, tapi aku terlalu sukar untuk merasai perasaan itu, melainkan bila aku penat melakukan aktiviti di luar rumah dan berharap dapat pulang segera sebab nak rehatkan badan. beberapa insan pernah bertanya aku sebelum ini? "tak nak cari keluarga asal?" jawapan aku sekadar mendiamkan diri,kerana hati aku berkata tak ingin, kenapa? biar aku sahaja yang tahu, dan mereka yang mendengar kataku pasti akan berpesan padaku " tak kira apa pun, mereka keluarga kandung kau, lahirkan kau ke dunia",haha,tak perlu diungkapkan, aku teramat faham akan perkara itu, tetapi kalian tidak berada di kasut burukku ini, tapi aku yakin semua ada hikmah, DIA yang menguasai hati aku, dan andai pilihan aku salah, aku yakin DIA akan ubah pilihan yang aku putuskan, lagipun aku seorang yang sering kali menurut suara hati XD