aaahhh.... sudah....

burrr.....burrr...burr.....

"KAK!!! OH KAK!!! BLA BLA BLA..."

fuhhh... sakit tekak aku nak teriak2 macam orang gila melolong bila bercakap, sedangkan aku dan dia yang berkenaan berada dalam satu kawasan yang sama =='

sewel k ape nak teriak2 tanpa sebab?
ni sebab makhluk asing jiran2 yang tak berhati perut la ni, depan sibuk renovate rumah, yang belah kanan pon ikut renovate umah gak, tapi tu ok skit, ni yang belah kiri pon ikut gak, haramjadah tak ke biol jadi pesakit otak aku dibuatnya... 
ihsan pacek gugel

pagi2 bangun da bor dinding dia yang menghasil kan bunyi yang bisa memecahkan gegendang telinga teramat bising.... banyak pencemaran depa buat, habuk sana sini, bising lak tu, permandangan pon nampak grrr....
 hasilnya pintu kaca ditutup sntiasa bgitu juga tingkap2 bagi memastikan tiada habuk  memasuki rumah dan kerana rumah aku mempunyai aset utk jadi kedap udara, bunyi bising itu dapat dikurangkan, tapi dah macam penjara la pulak....

jiran aku pon tension tahap maksima dah, sampai satu tahap, dia pasang lagu kuat2 hingga aku rasa 1 taman boleh dengar...

 ape lah nasib... menguji kesabaran dan keimanan ni...
ngeh ngeh ngeh┌ (‾-‾"٥) ┐




doa untuk adik adam comel ^_^

aku tak perlu ungkapkan siapa insan comel yang aku maksudkan,
AHMAD ADAM SYUKRI

bila jenis duduk diam, apa2 berita semasa aku tak tahu melainkan mengharap pada tv dan internet, itu pun jarang sekali, tapi kemarin, 10/10/12 tarikh yang sama hari ujian ku, aku terlihat kat tv kisah adik comel ni, sedih... tipu kalau orang yang tengok tak ngalir air mata... T.T

waktu tengok, dua kat otak aku, 
H 1: ya ALLAH kau panjangkan lah umurnya sihat kan lah dia
H 2: ya ALLAH, kau jemputlah dia, jangan biarkan hidupnya penuh kesakitan dan penderitaan

kenapa aku fikir macam tu?
sebab harapan pertama ku itu untuk ayah dan ibunya yang ingin melihat adik adam sihat
manakala harapan kedua itu untuk adik adam yang tak mampu berkata-kata, bila melihat keadaannya yang berharap hidup pada mesin, perit, sedih dan sakit rasa, seolah2 ia berlaku pada aku... ALLAH! seksa... tapi itu baru melihat, inikan pula adik adam yang bertubuh kecil itu, dia yang merasa sakitnya... tentu perit teramat...

tapi sebab ujian jpj kemarin,aku lupa tentang insan istimewa ini, dan tadi bila melihat posting kat fb, baru aku teringat, dan jariku dengan rajinnya mencari maklumat tentang adik adam ni...

dan hasilnya, ini yang aku temui

Adik AHMAD ADAM SYUKRI lahir pada  4/3/12 dan telah mengalami Brain Damaged Severe  HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy) ATAU lebih dikenali sebagai kerosakan pada saraf otak.
ADAM lahir secara vacuum pada  4/3/12dan sewaktu kelahirannya , Adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen.
Pada 9/3/12  hasil scan menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan yang amat teruk. Adam tidak pandai menelan air liur dan bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup dan juga perlu bergantung pada mesin suction untuk disedut air liur dan membuang kahak.
Mata kanan Adam pula mengalami kerosakan , begitu juga dengan telinga kanan yang tidak dapat mendengar kerana kerosakan dalaman.
Doktor pakar mengesahkan Adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk kembali hidup seperti kanak kanak normal amat tipis.
Doktor pakar juga mengklasifikasikan kerosakan otak Adam sebagai kematian saraf.
Mari kita sama sama doakan kesejahteraan kepada  Adam, dan juga mendoakan agar Allah memberikan kekuatan dan ketabahan kepada ahli keluarga Adam.

aku tak tahu dengan apa yang kebanyakan orang taip, yang aku tahu percakapan itu doa, ALLAH itu maha berkuasa, doktor hanya memberi pandangan mengikut ilmu sains ciptaan.
dan
KEAJAIBAN ITU TAK MUSTAHIL BERLAKU KALAU ALLAH MENGKEHENDAKI



bismillahirrahmanirrahim
ya ALLAH, saat ini kami memohon pertolongan mu ya ALLAH,
kami hanya hambamu yang lemah lagi hina,
dan kepada engkau sahaja tempat kami meminta bantuan.
ya ALLAH, kau berikan lah kesihatan pada adik ahmad adam syukri.
walaupun mereka berkata peluangnya terlalu nipis, berselimutkan secubit keimanan pada kami, kami yakin bahawa engkau maha berkuasa atas segala-galanya,
kerana tiada yang mustahil bagimu ya ALLAH, dan keajaiban itu milikmu ya ALLAH...

ya ALLAH kami sedar kami tidak berhak menghalang kasihmu kepada adik adam ya ALLAH, tapi berikan sedikit ruang pada ibu dan ayahnya untuk menerima kasih itu pula ya ALLAH. sesungguhnya kepada engkau kami meminta dan hanya engkau yang berhak atas segala-galanya

amin





bangga sebab lulus XP

10 oktober 2012

tarikh aku amek ujian teori berkomputer jpj yang merupakan salah satu syarat untuk mendapatkan lesen memandu...
 hoho... kemain skema ayat aku
ahad lalu aku ikut ceramah, tentang apa? aku pun tak pasti sebab aku banyak kali tertidur waktu tu, hehe, tapi last minute of da ceramah aku ada gak lah fokus sikit, waktu tu bincang tentang ujian teori komputer, bila penceramah tu cakap, 
HABIS CEPAT BOLEH GAGAL (means minimun 30 min)
MARKAH LULUS 42, 41 KIRA GAGAL GAK, TIADA UNSUR SIMPATI
BAHAGIAN 1 PENGLIHATAN, BAHAGIAN 2 TANDA ISYARAT, 
BAHAGIAN 3 ADA 10 SOALAN TENTANG UNDANG-UNDANG, KEFAHAMAN DAN MACAM2 LAH.

bahagian 1 dan 2 tu kacang hijau je, tapi bahagian 3... 
fakta 1: aku seorang pelupa
fakta 2: bila aku panik satu kerja atau arahan pun x boleh masuk dalam otak aku

jadi waktu ceramah tu ada lah kami buat latihan jawab soalan, dan... semua jawapan kat bahagian 3 tu aku blank2, bila macam tu agak2 korang aku tak panik k haaa.... fuhh... kalau 7 soalan ok gak, salah semua, masih lulus, ini 10 soalan... huwaaaaa

sehari sebelum ujian....

malam tu aku nak belaja buku kuning memandu tu, tapi kurang sihat lak, kepala pening, sakit tekak dan demam, akhirnya buku tu aku bawa tido je, bukan aku baca hebat tak aku?

hari ujian...

jeng jeng jeng

dalam keadaan lemah, aku gagah kan diri dan paksa diri makan ubat walaupun tekak aku membangkang tindakan aku, aku siapkan adik pegi sekolah,dekat jam 8 aku free la, dpt kol bpa kna pegi hospital ada review doktor, kalau boleh sebelum jam 9... arghhh... aku belum siap lagi, bantu bapa sikit jam 8.15 bru dpt mandi, wahhh... dah lah aku nak demam, sejuk lak tu sebab semalam hujan ribut,dah siap2, dekat jam 8. 40 kami gerak pegi spital...nak membaca dalam kereta sikit, pakcik drebar lak bawa aku bercerita tanya macam2, panik aku mningkat 60%, dah sampai hospital dah jam 9.05 mnit cmtu, naseb ada abang sepupu handle urusan bapa,alhamdulillah... teman jap smbil bca sehelai dua lembar buku j,yg point utama,tgok jam... da jam 9.24, sabo2 ada lagi masa... tepat 9.30 aku minta tolong pakcik tadi hantar aku g pusat ujian, plan nak baca lagi, tapi dari bilik hospital sampai ke kereta pakcik bawa aku cakap,dalam kereta sambung lagi.... dengan kepala pening + panik + mulut berkumat kamit cakap " pakcik aku ada ujian ni, kalau gagal nak ulang, tu kena bayar tuuu.... dah lah pakcik tolonglah faham" (tapi aku cakap sendiri je, pakcik tu bukan dengar, mana la aku berani, aku kan pemalu penakut orangnya, hihi) dalam keadaan macam tu, tiba2 pakcik berhenti depan pasar dan suruh aku turun beli minyak kelapa asli, warghhh... panik meningkat 80% dah nie haaaa... dalam hati aku membebel2 sendiri, bila dah dapat minyak tu, aku terus g kereta, dalam otak aku cuma risau tentang ujian bila da sampai kereta aku lega sikit tapi tiba2 "PRANG!!!" pintu kereta yang aku buka kena langgar, nasib takda yang teruk, cuma aku rasa terkejut +takut dan rasa nak pucat pon ada... huuu... kan aku dah cakap, aku kalau panik susah, satu benda tak jalan...
aku senyap, pakcik tu masih tak berhenti bawa aku borak... dah sampai tempat ujian, aku tak dapat baca apa-apa melainkan sehelai dua yang kat hospital tu... aku pun apa lagi, berdoa dalam hati tanpa henti dari mula keluar kereta sampai lah duduk depan komputer tu....


jawab2, alhamdulillah semua mudah, takde lah yang susah sangat, sehelai dua yang aku baca tadi pun membantu juga rupanya, sekali lagi alhamdulillah... hehe

dah lepas jawab, masa panjang lagi, aku tak nak gagal sebab habis awal, aku ulang2 balik soalan tu, bila tinggal 5 minit, aku pon klik la YA, HANTAR

keputusan aku 44/50
skala lulus 42/50
yeay! aku pon diam2 senyum sendiri... ahiks....
TAHNIAH! ANDA LULUS


dengan senang hati aku tekan butang "KELUAR" kat skrin tu
koh koh koh
TERIMA KASIH ALLAH SEBAB MUDAHKAN UNTUK AKU 

bila dah dapat slip semua aku keluar, aku kawal perasaan aku,
cakap dalam hati
"ala... senangnya la bah tu, ndak heran kalau aku lulus, orang lain pon boleh lulus lah, tu pon mau hepi ka?"
selang beberapa minit, budak yang duduk sebelah aku time ujian, turun dengan tangan kosong tanpa slip, aku dengar dia bertelefon... aku tak dengar betul tapi yang pasti dia gtau orang yang dia tpon myatakan dia 
gagal... aku tak lah kejam sangat, tapi jujur aku x lah baik sangat sampai nak simpati atau sedih untuk dia, cuma lepas dengar tu, bangga aku datang balik,huha huha

"boleh tahan gak aku ni :P"
macam ni lah rupa aku waktu tu... muahaha
astaghfirullah... 

k lah... tu je... jadi jangan heran kalau aku hepi sangat sebab lulus ujian teori niiii... kui kui kui


tahu tak

bila aku kebosanan dan tak tahu nak buat apa,aku akan jadikan online sebagai jawapan kekosongan aku (cewah... kekosongan lah sangat XP) tapi bila aku online pun aku tak tahu nak buka apa sebenarnya, buka pesbuk sekadar tengok notifikasi, bila dah abes, ntah apa yang aku tenung di skrin tu dengan mata bulat tahap maksima macam nak pecahkan skrin tu fikirkan, kemudian aku biarkan laptop begitu je, aku cari aktiviti lain, bosan? aku hadap laptop balik, dan aku tenung balik, tak ke sewel tu aku ada blog, tapi aku tak ada idea menaip, kalau aku borak kat pesbuk tu, adalah beberapa orang tanya aku ada blog ka tidak? aku jawab, ada tapi terbiar, dan respon yang aku terima mesti suh aku taip ikut suka je, lain orang lain cara... jangan berhenti dan pelbagai, dan sekarang, korang pon boleh nampakkan, buktinya korang pon tengah baca entri berfakta merepek aku... huha huha

aku rasa bukan aku sorang je yang menghadapi sindrom penyakit tak berupaya menaip, dah berapa orang blogger aku nampak macam da ilang semangat, skill dan cara membuat entri, dulu kemain tiap2 hari update blog, sekarang tinggal sebulan sekali, nampak tak fenomena dia kat situ... 

jadi jangan hairan dengan perkataan BLOG TERBIAR!!!

lupa?

aku nak bagitahu awal-awal, aku memang seorang pelupa, kau nak cakap apa, cakap je lah... nak cakap aku tua? nyanyuk? cakap je lah, yang penting aku dah bagitahu, tapi bila aku dah bagitahu dan kau tak ambil peduli itu memang menyengalkan aku apabila kau ajukan aku arahan yang pelbagai dicampur tambah bahagi dengan perkara-perkara lain dan soalan yang takda kaitan dengan arahan awal tadi...yang dengan mudahnya aku menjawab 

"LUPA!"

kau harus faham,aku mempunyai daya ingatan yang sangat lemah, kau cakap kau pelupa, itu common causes yang orang selalu alami tak terkecuali aku, tapi aku memang teruk,kau bagi aku 4 perkataan, dalam masa 2 minit aku akan ingat 1 atau 2 sahaja sebab apa... "LUPA!" dan jawapan pemes aku "TAK INGAT!" hohohoho

jadi jangan buang masa nak potpet banyak kat aku, gerenti aku tak ingat