cinta... (versi video kak beah)

jenjalan kat youtube, niat nak dengar lagu, tapi hati terdetik nak buka kak beah punya youtube site...
"GULA-GULA"
eh! video baru ni, aku belom tengok lagi, yang repost sayang cik beah tu dah tengok da....
dengan izin ALLAH... DIA yang mengerakkan hati aku,wujudkan niat aku.... ALLAHUROBBI... ALHAMDULILLAH...

habis tengok video tu, rasa nak letak kat blog lak, sebab isi dia lebih kurang sama dengan entri terakhir (klik SINI)yang aku buat... cuma aku rasa video kak beah ni lebih jelas penerangan dia berbanding tulisan tak seberapa dari hamba seperti aku...

SEMOGA BERMANFAAT... INSYALLAH... 



*bukan kebetulan, tapi dengan izin ALLAH... subhanallah...

cinta

ramai juga yang pos masalah tentang perhubungan/kapel kat fb...
hingga aku rasa macam nak ketok2 kepala yang post tu, apa tidak, sebelum ni dah banyak seruan no couple, toksah couple,tapi degil, bila dah haru, sibuk update status, bf/gf curang la, cinta itu buta lah, kaum ini ni ni bla bla bla la...
jujur aku katakan, cinta itu tak salah, korang semua boleh jatuh cinta.
cuma hari ini aku sering kali melihat ramai saudara dan sahabat2 yang menggunakan formula>>>
cinta = couple

ingin ditegaskan, cinta dan couple itu dua perkara yang berbeza, jadi jangan hairan andai aku katakan, KALIAN BOLEH JATUH CINTA MAHUPUN MENCINTAI SEBELUM NIKAH, TAPI JANGAN BERCOUPLE SEBELUM NIKAH

kenapa aku berkata sedemikian, akan aku jelaskan tentang 2 perkara ini.

cinta itu perasaan sekaligus fitrah bagi manusia, bila aku kata fitrah sila set kat minda bahawa fitrah itu merupakan sesuatu perkara yang wujud secara "auto" dan tidak mampu dihalang,manakala couple ialah pasangan yang lebih kepada zahir dan kita mampu untuk halang.

pasti akan ada persoalan yang akan timbul iaitu
"kalau cinta boleh kenapa couple tak boleh?"
jawapan aku mudah,kerana cinta itu fitrah. bila fitrah, ia msih boleh dilakukan tetapi dengan BATAS2 TERTENTU seperti makan, ia juga fitrah, kerana ia merupakan sumber untuk kehidupan  tetapi ada batas2 dia apa bila kita tak boleh makan perkara yang haram. selain itu, bersetubuh, islam tak larang kita bersetubuh, sebab itu pun fitrah untuk sambung waris kita, tapi ada batas2 dia iaitu halalkannya dengan bernikah, begitu juga cinta, islam tak larang, tapi ada batas2 dia iaitu JANGAN MENHAMPIRI MAKSIAT DAN ZINA, bila aku kata zina, tak bermakna duduk berduaan sahaja, zina itu pelbagai, dan yang paling mudah kita dapat bila ada rasa cinta ialah zina hati, toksah nak cakap kat aku yang angpa semua boleh jaga diri, sedangkan seorang lelaki soleh pada zaman dahulu pun boleh tewas dalam bab ni, inikan pulak angpa dan termasuk aku gak la yang amalan minimum hingga kadang rasa malu nak duduk kat dunia, dan bernafas dengan menghirup oxygen ciptaan allah

selain tu ada orang tanya aku kalau tak bercouple,bagai mana nak kenal hati budi dan sebagainya...  jawapan aku bersahabat... orang tanya lagi,bersahabat pun kalau dah luahkan perasaan tetap macam couple juga cuma lain nama. aku kata tak, bila jatuh cinta tak semestinya meluah, dan tahukah anda,bila anda sembunyikan perasaan cinta terhadap seseorang kerana ingin menjaga diri dan mengelakkan fitnah,ia juga merupakan jihad. jihad melawan nafsu dan sebagainya

bila dah yakin dan berkemampuan, pinang lah dia. dalam konteks meminang, x semestinya lelaki sahaja, perempuan pun bila dah suka, boleh masuk meminang seperti siti khadijah, tolak jauh2 perspektif masyarakat, kejar redha allah, ikut cara islam. kalau pinangan kena tolak,redhakan saja, x salah, aku  x pernah lagi dengar orang kata
"hey ali, pinangan kau kat siti dah kena tolak, takleh la kau pinang sesiapa lagi"
"hey ali, da 3 kali pinangan kau kena tolak, orang berlainan lak tu, tak boleh nikah dah kau, lebih 3 kali dah"

aku yakin kalian pun tak pernah dengar, tapi kalau risau sangat, malu sangat, xnak lah rasa pinangan kena tolak kononnya, buat sesi taaruf, jumpa calon tu, tanya kat dia, apa perasaan dia, tapi kat sini bukan jumpa berduaan2 ye, maksud aku bawa saudara jumpa di tempat umum,lagi elok kalau kat umah calon tu... kalau suka sama suka, hantar rombongan meminang, kan mudah...

sebenarnya, aku toksah nak ulang lagi, tapi perlu bahawasanya ISLAM ITU MUDAH DAN IA TELAH SEDIAKAN PELBAGAI TUTORIAL DAN MANUAL KEHIDUPAN

islam itu ada cara, tapi kita ni yang tak tahu malu, sekadar hambaNYA yang hina, tu pun amalan sekecil zarah, tapi nak tunjuk hebat buat hukum sendiri, cara sendiri, fatwa sendiri. bila di jelaskan,pelbagai alasan dan pertanyan dilontar semata2 nak halalkan kemungkaran.

paling hebak, taktik nak halalkan kapel atas dasar cinta, keluarlah dari mulut dia hadis tentang seruan allah suh kita berkasih sayang, tapi bila nampak saudara kita kesusahan, tak pula angpa ingat hadis tu kan... tak pon ptongan ayat tentang kita dicipta berpasang-pasangan...kih kih kih

aku pun tak hafal sangat hadis2 camtu, tahniah sebab mampu hafal gak, alhamdulillah... tapi 2 hadis tadi tu x lengkap tanpa yang ni

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

jadi set kat memori gak la, kan sweet kalau berpasangan ^_^

kalam akhir, sila lah rasa malu, banyak dah perkongsian orang ramai, kenapa hati tu tertutup keras sangat... bernafas kerana allah, tapi cinta kepada makhluk yang serupa melebihi segala, hingga hukum allah pun nak langgar...

harus anda tahu, cinta itu boleh terjadi tanpa perlu bercouple, dan bercouple itu boleh terjadi tanpa adanya cinta. jadi berhati2 lah dan elakkan virus couple daripada jiwa dan diri kalian.

Wallahu’alam bissawab

*catatan ini terhasil apabila seseorang bertanya pada aku beza couple dan cinta? ditambah pula dengan news feed yang tak lekang dari masalah jiwa, maka tercetuslah entri ini,terima kasih pada mereka, sebab aku xde idea nak update akhir2 ni.