tiada pe yg istimewa, xyah baca lah

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi pengasih

hri nie aq tol2 bermasalah aq rsa, untuk seketika aq rsa mcm putus asa sangat2... aq memang lemah sangat2.... semua orang nak kemajuan dalam hidup, tapi hari2ku membuatkan aq rsa tambah mundur... ok! skrang nie aq rasa mcm nak bgtau kat semua org akn hkikat yg telah lama aq simpan... namaku *********, aq dlhirkn pd 29 november 1992, aq bersyukur sebab dilahirkan tp kdang2 aq rsa lebih baik nsibku sma sperti bayi buangan yg smkin berlambak, krn aq dgn dorang tak jauh beza, cuma aq slmat dr kematian mcm tu selepas aq dibeli... hah! betul k dibeli...itulah yang diberitahu kat aq... arghhh... malas aq nak crita lbh pnjang... dah2... sepatutnya aq hnya mengadu kepada tuhanku,bukan benda2 camnie... ok! aku akui, aq memang sukar utk kekal dengan pendirian aq,kdang aq kata aq mampu berthan,kdang aq ptus asa sgt2 mcm org xda agama.... hidupku hnya dirumah, tnpa sebarang komunikasi dgn org, tp xdelah smpi xde komunikasi lgsung, wktu siang, smua org keja, tggl aq dan adik aku yg x mampu berbicara, jd ble cmtu aq pon curi2 guna laptop umah, aq mereka dunia ku sendiri, klu tak tentu aq da lma gila dan ikut kehendak mnusia yg tiada agama spt mbunuh diri. kat realiti, jiranku satu2nya insan utk aq berkomunikasi, ada gak org lain tp komunikasi skdr nak membeli brang j la, angguk2, geleng2, tnya2 ada brang ni tak? brp semua? mcm tu j lah... kat alam maya, skdr fb dan blog, tp 2 mende tu pon aq rsa mcm kat dunia aq sendri, kwan skolah da add tp lgsung xde bual k, borak k, tnya khbr k... dan hri nie aq rsa betul2 teruk apabila aq mrsakan diriku seolah2 da x pndai nak berkomunikasi, ble jln nak bli brg umah, aq yg slalu trun, spnjg aq mngorak lgkah, kat otak aq cuma berfikir, tol k cra jln aq nie? org xkn pelik gak k? aq senyum k? apa nak wat nie? nak tnduk k? nak naikkan pale k, tgan nie camne? nak ltak dlm poket, atau luruskan j, x yah gerak, atau gerakkn mcm org perbarisan tu cuma jgn agkt tggi sgt? mcm2 aq pk... smunya sbb aq tak reti nak bersikap mcm mna dhdpn orang... senyum??? kadang aq rsa tak taw da camne nak senyum, dan kdang2 gak aq xske tgok org senyum, knapeleh jd mcm tu??? aq ada cerita sndri.... adik aq pon dlu ok j, dia x berbicara tp prangai elok skit, skang trok sgt2, marah dia dtg tetibe,klu stkt marah xpe,ni hbis umah dia nak lempar ngan pecah,tmbh2 ngan bdan dia yg besar tu, sekali j dia tumpaskn aq, kdang2... hurmmmm... susah aq nak ckp.... lpas byk yg blaku, aq msih x fham... nape la aq x pndai mati2... da la hdup diselimuti hinaan, makian, dn macam2 la... air mata ni pon aq da benci, aq kata xnak nangis tp msih nak kuar... arghhhh... daplbgai cara aq nak tenangkn dn trus tbahkan dri, tp hri demi hari, smua cara2 tu da tak mampan utk aq...   hidup.... hmmm aq rsa aq ibarat mayat yg bernyawa.... dr dlu hgga hri nie, aq cma taw mnurut kata orang hggakan skrang, aq lgsung x taw apa yg aq nakkan... kosong... blank... blurr... hidup tnpa arah, skdr mngikut arhn.... hbungan dgn kluarga pon da macm mkin teruk... itu tol2 wat aq risau...klu aq pergi dr dunia nie, aq hrap sgt, sgt, sgt, sgt... mayat aq xkn dijumpai, klu xpon myat aq hncur k mcm terbkr tu...

SUATU KETIKA




ikah nangis td, kbetulan aq lom tdo aq p jenguk jap, mak dia bringkn dia kat ats ktil, aq diarahkn wat susu,







bla aq p blik, mak dia da tdo dn ika bgun dgn mata yg bulat disebelahnya.





allahu akbar! mmg tol la, bayi tu satu anugerah... aq bgi la dia mnum smbil dodoi skit, mta dia nak tutup lek smbil senyum2... skali lg... masyALLAH! tol2 stu anugerah... bla memikirkan mcm mna ika wjud ke dunia, ia mmg stu keajaiban... ALLAHU AKBAR! masyALLAH! alhamdulillah! subhanALLAH! aq rsa msih x mcukupi...



dan utk sketika, aq tertanya2,knpa ada org sggup mbuang anugerah yang tak ternilai ni mcm sampah.... sumpah aq ckp... kalian mmg x berakal dan rugi krn mbuang anugerah indah tu...









utk sketika genggam tgan kecil tu, ko akn rsa suatu prsaan yg x terkata andai kau nikmatinya dgn seluruh hatimu...




P/S: SAYA SAYANG ANAK SAUDARA SAYA SANGAT-SANGAT ^___^

saya tak tahu nak letak tajuk apa, tapi lepas baca berulang2 kali, ia mpunyai 2 isi yg nak dsampaikan, jd skali lg sy tak tahu nakletak tajuk apa

pukul 1. 47 pagi waktu malaysia bertarikh 19 januari 2012, saat itu aq memerhatikan catatan status-status insan di halaman utama muka buku, beberapa minit kemudian kepala aq mula terasa sakit, pening dan berat sbb pe...
jeng... jeng... jeng...


sebab dr mula aq tgok aq da mula bengang dgn dp sorg insan nie, trun lg, trun lg... ada org upload gamba terbaru, aq bengang lagi ble terlihat gamba2 tu, bilangan gamba 17, tp display 3 tu j pon da wat aq bengang thap gaban, sabo... sabo... aq trun lg... ok!tnang skit... gamba berperisa dakwah yg terselit, senyuman mula bermain diminda, aq trun lagi... HAH! dp dia tol2 mcm artis dgn free hair... tgok nick... eh.. eh... kwan aq la
semua manusia ingin keluarga bahagia, ibu, ayah,kakak, adik...
tak terkecuali aku...
dulu aku merasai detik keluarga itu, tetapi hari ini semuanya lenyap...
kenapa??? aku sendiri tak pasti... aku hanya seorang anak angkat yang dibesarkan sejak bayi lagi, keadaan itu membuatkan aku tak pernah ingin tahu tentang keluarga kandungku... sekalipun hubungan ku dengan mereka terlalu ketara seperti orang asing yang tinggal serumah.
"MAK....." aku sendiri tak ingat bila saat terakhir aku mengungkapkan ayat itu secara ikhlas,tetapi keajaiban... walaupun hati sedih, sakit, pedih dan sebak di dada, wajah masih mampu melakonkan watak insan yang gembira. sesekali aku terasa penat untuk teruskan berlakon di pentas kehidupan ini, tetapi apa yang mampu aku lakukan... sabar, redha dan terus menyisihkan diri dari masyarakat kerana risau tersilap dialog dalam pertuturan... sekali sekala ku melihat lakonan ciptaan manusia, aku akui ia memang ada mempunyai sedikit persamaan dengan realiti, tetapi walaupun begitu, ending realiti tak semua indah dan gembira, dan itu membuatkan aku benci melihat lakonan2 ciptaan yang hanya membuahkan harapan pada diri bahawa dipengakhirnya semestinya ending yang bahagia.... hidup bukan suatu pentas lakonan... hidup adalah suatu perjalanan, pendakian, pengembaraan, dan keraguan, kerisauan akan sentiasa menemani diri disaat kaki mula mengorak langkah... penat, putus asa, buruk, baik, semuanya tak siapa yang tahu, tetapi berwaspada adalah antara caranya....
ku buka minda yang sekian lama terkunci, untuk seketika aku kembali berfikir, banyak soalan yang bermain dimindaku masih terungkai tanpa sebarang jawapan... kulihat ramai insan disekelilingku, tapi tiada satu yang membuatkan aku rasa tidak berseorangan, ku punya sahabat tetapi aku rasa mereka semakin jauh dan semakin hilang dari lakaran kehidupanku, TAK KEKAL!!! memang itulah lumrah kehidupan, tiada yang kekal, tapi mengapa diberi perasaan suka, kasih dan sayang terhadap sesuatu perkara yang tak kekal, sebagai cntoh sahabat2ku, saat ini aku gembira mempunyai sesuatu yang ku sayang, tetapi saat diriku mengingati saat2 kematian yang bakal dilalui, bilamana selepas kematian, tiada perkara lagi diingatan sekalipun ahli keluarga kita sendiri, semua memori2 yang indah itu lenyap dengan seketika, seseorang berkata kepadaku, jangan fikirkan saat itu, tapi nikmati lah saat2 gembira itu, tapi aku tetap menyanggah kerana bagiku, semakin aku menikmati detik indah dalam hidupku, semakin aku tidak sanggup untuk kehilangannya.... TAKUT!!! itu lah diriku.... aku akui, aku memang seorang penakut yang terlalu takut dengan masa hadapan yang bakal tiba.... dengan perasaan takut itu juga, aku mencipta tembok2 disekelilingku, aku tak ingin mempunyai sebarang perasaan terhadap apa2 perkara yang hanya datang sementara dalam kamusku, aku membiarkan diriku hidup sendirian didindingi tembok yang kucipta sendiri, hanya kerana TAKUT akan detik dimana aku akan lupakan semua,kehilangan semua....