cerita kelas memandu

hari ini kelas memandu lagi ,dah 4 kali, dan ini kali ke- 5 aku. guru aku, ********, oleh kerana aku seorang yang sukar bergaul, aku memutuskan berguru dengan kaum sejenis, hoho, tapi ulasan dari kenalan yang pernah berguru dengan lain jantina, lebih positif dari aku, huhu, dan aku yakini kenyataan itu


bila kaum sejenis, tahap keseganan akan kurang daripada berlainan jantina, oleh itu bila lain jantina, pengajaran tu lebih berfakta dan teratur sebab keseganan yang hadir
=.= kemain skema ayat aku... dan aku sebenarnya sensitif sikit,kurang kasih sayang la katakan, bila orang lain tegur dan marah aku, jujur aku lemah dan cepat gelabah dan panik, akhirnya...kelam kabut la jawabnya


hari pertama elok, alhamdulillah, hari kedua elok dan masih boleh dikawal, alhamdulillah
tapi hari ketiga, guru aku dah bawa aku keluar litar, pergi jalan raya, dengan pelajaran basic aku yang hanya tahu mengawal stereng, dan pijakan kaki, mula2 ok, lepas tu dapat arahan suruh tukar gear, dan seterusnya arahan lagi, syukur tukar gear da diberitahu awal2 ketika ceramah, sekadar beri arahan, tiada pun maklumat tambahan, bila mcm ni, mcm ni, pakai gear ni,bila kat sni tukar gear ni, fikir positif,mungkin nanti cikgu akan bagi penerangan

hari -4, keluar litar lagi, mula2 ok, kemudian cikgu bagi arahan tukar gear 2, ok, i follow tapi beberapa saat kemudian, dengan nada marah, "buat apa yang patut! tak perlu tunggu cikgu beritahu"

dan time tu aku macam "hah!"
sambil cakap dalam hati, "matilah aku, matilah aku, habislah, bila nak tukar gear lagi ni? eh! takpe ka aku pakai gear ni kalau kat sini dan bla..bla.."
agak2 waktu tu aku boleh tenang?

hoho... kelam kabut ja adalah... dekat setengah jam lebih aku cakap dalam hati macam tu

tu cerita pendek, nak cerita full story, susah.. senang cerita aku tekad dalam hati aku taknak belajar lagi, dan keesokannya aku inform kat cikgu aku, tak dapat belajar, ada urusan,haha, tapi nak lari sampai bila en, aku kena hadapi

dengan khidmat jiran yang baik hati, aku tanya apa yang patut dan minta penerangan segala-galanya yang aku tak tahu, lepastu sedikit ilmu dari bapak aku, siap lukis peta laluan besar gedabak aku tunjuk kat bapak kemudian tanya, hingga bapak aku cakap "apa guna ada cikgu?" err... aku takut + segan dengan cikgu tu bapak, huhu...


dan tadi, sekali lagi pembelajaran aku bermula, smooth ja, xda tegur2 dan marah2, hoho, bila balik, cikgu tu cakap kat aku "hamba[bukan nama sebenar], sedar tak kau ada peningkatan hari ni? cikgu takda tegur dan marah kau" sambil senyum, manakala aku buat suara kecil skdr bg respon, dalam hati syukur teramat dan senyum sensorang..

bila sampai umah aku cerita kat jiran baik aku, dan dia kata "kenapa kau tak jawab ja, aku ada peningkatan sebab da berguru dengan 2 orang" haha

Tiada ulasan: