BIAR

Dimulai dengan lafaz basmallah.. 
 ingatan ini kembali pada ruangan ini. 

terbiar lama, kosong tanpa bicara,
bukan sengaja melupa, cuma tiada kata..

kata-kata itu yang mampu aku takrifkan untuk persoalan kenapa dan mengapa.
kini, apa kata kita mula sekali lagi, melatih minda mencipta ayat yang mampu merungkai suara minda yang sekian lama memendam..

well, ruang ini sendiri memang aku telah letak peraturannya sendiri,
AKU MENAIP, BILA AKU PUNYA KEINGINAN MENAIP

Pengumuman BLOG

Allahumma Salli 'ala Sayyidina Muhammadin wa Ala alihi Wasallim

subhanallah, alhamdulillah..

sekian lama blog ini sunyi tanpa taipan jari disebabkan aku tak boleh membukanya selepas seseorang cuba untuk mengodam akaun gmail yang berhubung dengan blog ini, ditambah pula 2-step verification telah aku on kan, menyukarkan lagi proses untuk backup dan recovery, sehinggalah beberapa hari lalu google memberi notify kat hp. sebelum ini notify itu tak pernah ada malah ketika aku berkali2 ikut proses untuk recovery account using phone beberapa bulan dahulu, notify sedemikian tak pernah ada, antara ayat notify tu " don't worry if u forget your password....."

andai beberapa hari lalu aku abaikan notify itu, sebab aku dah buat email baru lantaran putus asa nak usaha untuk buka akaun ni, tapi siang tadi kelapangan dan kebosanan membuatkan aku layankan juga notify yang berkali2 timbul itu.. bayangkan sahaja, aku mula kehilangan akses untuk membuka akaun ini pada hujung tahun 2012, dan hari ini hujung 2013 hampir tiba.. dan alhamdulillah kini aku mampu membukanya semula.. sungguh blog ini ada makna tersendiri untuk diri aku.. sampai sini sahaja taipan untuk malam ini.. akan datang insyallah, aku akan kembali menyentuh papan kekunci ini untuk menaip bicara hamba yang bernama *****

cinta... (versi video kak beah)

jenjalan kat youtube, niat nak dengar lagu, tapi hati terdetik nak buka kak beah punya youtube site...
"GULA-GULA"
eh! video baru ni, aku belom tengok lagi, yang repost sayang cik beah tu dah tengok da....
dengan izin ALLAH... DIA yang mengerakkan hati aku,wujudkan niat aku.... ALLAHUROBBI... ALHAMDULILLAH...

habis tengok video tu, rasa nak letak kat blog lak, sebab isi dia lebih kurang sama dengan entri terakhir (klik SINI)yang aku buat... cuma aku rasa video kak beah ni lebih jelas penerangan dia berbanding tulisan tak seberapa dari hamba seperti aku...

SEMOGA BERMANFAAT... INSYALLAH... 



*bukan kebetulan, tapi dengan izin ALLAH... subhanallah...