spek mata

aku seorang yang rabun, tahap rabun aku lebih 600, huhu
tanpa spek aku tak ubah macam orang yang buta, merayap sana sini bila benda jatuh, seksa...

spek amat penting untuk aku, seolah-olah dunia tidak bermakna bila spek xde, tapi sila faham betul2, DUNIA, bukan KEHIDUPAN :)


selain tu, spek juga melindungi mata aku dan memperbetulkan pandangan aku. menurut beberapa sumber rabun jauh berpunca daripada cahaya terkolimat menghasilkan titik tumpuan imej di hadapan retina,tidak seperti mata normal yang berada tepat di retina, dengan spek, cahaya tu dapat ditumpukan pada titik yang betul, hehe

tapi rabun aku mengajar aku beberapa perkara, bila aku tengah merayap cari benda jatuh, aku terfikir, macam mana orang buta boleh hidup? aku bersyukur ^^,

dan spek mengajar aku memahami kepentingan al-quran, bagaimana? senang ja, spek untuk orang rabun, al-quran untuk semua manusia

~al-quran akan melindungi kau dan
~al-quran akan membimbing kau di laluan yang betul
 hanya bila kau amalkan, yakni guna dalam kehidupan kau, seperti spek mata :)

seperti aku yang rabun, bila bangun pagi, spek adalah benda pertama yang akan aku capai, dan sebelum tidur spek adalah benda terakhir yang akan aku letakkan


tapi lepas ni, taknak lah spek mata tu ja, nak KACA MATA ISLAM tu pon sama T.T


kita semua rabun(jahil) dan memerlukan spek mata(al-quran)

Tiada ulasan: