doa untuk adik adam comel ^_^

aku tak perlu ungkapkan siapa insan comel yang aku maksudkan,
AHMAD ADAM SYUKRI

bila jenis duduk diam, apa2 berita semasa aku tak tahu melainkan mengharap pada tv dan internet, itu pun jarang sekali, tapi kemarin, 10/10/12 tarikh yang sama hari ujian ku, aku terlihat kat tv kisah adik comel ni, sedih... tipu kalau orang yang tengok tak ngalir air mata... T.T

waktu tengok, dua kat otak aku, 
H 1: ya ALLAH kau panjangkan lah umurnya sihat kan lah dia
H 2: ya ALLAH, kau jemputlah dia, jangan biarkan hidupnya penuh kesakitan dan penderitaan

kenapa aku fikir macam tu?
sebab harapan pertama ku itu untuk ayah dan ibunya yang ingin melihat adik adam sihat
manakala harapan kedua itu untuk adik adam yang tak mampu berkata-kata, bila melihat keadaannya yang berharap hidup pada mesin, perit, sedih dan sakit rasa, seolah2 ia berlaku pada aku... ALLAH! seksa... tapi itu baru melihat, inikan pula adik adam yang bertubuh kecil itu, dia yang merasa sakitnya... tentu perit teramat...

tapi sebab ujian jpj kemarin,aku lupa tentang insan istimewa ini, dan tadi bila melihat posting kat fb, baru aku teringat, dan jariku dengan rajinnya mencari maklumat tentang adik adam ni...

dan hasilnya, ini yang aku temui

Adik AHMAD ADAM SYUKRI lahir pada  4/3/12 dan telah mengalami Brain Damaged Severe  HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy) ATAU lebih dikenali sebagai kerosakan pada saraf otak.
ADAM lahir secara vacuum pada  4/3/12dan sewaktu kelahirannya , Adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen.
Pada 9/3/12  hasil scan menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan yang amat teruk. Adam tidak pandai menelan air liur dan bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup dan juga perlu bergantung pada mesin suction untuk disedut air liur dan membuang kahak.
Mata kanan Adam pula mengalami kerosakan , begitu juga dengan telinga kanan yang tidak dapat mendengar kerana kerosakan dalaman.
Doktor pakar mengesahkan Adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk kembali hidup seperti kanak kanak normal amat tipis.
Doktor pakar juga mengklasifikasikan kerosakan otak Adam sebagai kematian saraf.
Mari kita sama sama doakan kesejahteraan kepada  Adam, dan juga mendoakan agar Allah memberikan kekuatan dan ketabahan kepada ahli keluarga Adam.

aku tak tahu dengan apa yang kebanyakan orang taip, yang aku tahu percakapan itu doa, ALLAH itu maha berkuasa, doktor hanya memberi pandangan mengikut ilmu sains ciptaan.
dan
KEAJAIBAN ITU TAK MUSTAHIL BERLAKU KALAU ALLAH MENGKEHENDAKI



bismillahirrahmanirrahim
ya ALLAH, saat ini kami memohon pertolongan mu ya ALLAH,
kami hanya hambamu yang lemah lagi hina,
dan kepada engkau sahaja tempat kami meminta bantuan.
ya ALLAH, kau berikan lah kesihatan pada adik ahmad adam syukri.
walaupun mereka berkata peluangnya terlalu nipis, berselimutkan secubit keimanan pada kami, kami yakin bahawa engkau maha berkuasa atas segala-galanya,
kerana tiada yang mustahil bagimu ya ALLAH, dan keajaiban itu milikmu ya ALLAH...

ya ALLAH kami sedar kami tidak berhak menghalang kasihmu kepada adik adam ya ALLAH, tapi berikan sedikit ruang pada ibu dan ayahnya untuk menerima kasih itu pula ya ALLAH. sesungguhnya kepada engkau kami meminta dan hanya engkau yang berhak atas segala-galanya

amin





1 ulasan:

kakak berkata...

kesian budak nie.. doakn dia banyak2...