tahu tak

bila aku kebosanan dan tak tahu nak buat apa,aku akan jadikan online sebagai jawapan kekosongan aku (cewah... kekosongan lah sangat XP) tapi bila aku online pun aku tak tahu nak buka apa sebenarnya, buka pesbuk sekadar tengok notifikasi, bila dah abes, ntah apa yang aku tenung di skrin tu dengan mata bulat tahap maksima macam nak pecahkan skrin tu fikirkan, kemudian aku biarkan laptop begitu je, aku cari aktiviti lain, bosan? aku hadap laptop balik, dan aku tenung balik, tak ke sewel tu aku ada blog, tapi aku tak ada idea menaip, kalau aku borak kat pesbuk tu, adalah beberapa orang tanya aku ada blog ka tidak? aku jawab, ada tapi terbiar, dan respon yang aku terima mesti suh aku taip ikut suka je, lain orang lain cara... jangan berhenti dan pelbagai, dan sekarang, korang pon boleh nampakkan, buktinya korang pon tengah baca entri berfakta merepek aku... huha huha

aku rasa bukan aku sorang je yang menghadapi sindrom penyakit tak berupaya menaip, dah berapa orang blogger aku nampak macam da ilang semangat, skill dan cara membuat entri, dulu kemain tiap2 hari update blog, sekarang tinggal sebulan sekali, nampak tak fenomena dia kat situ... 

jadi jangan hairan dengan perkataan BLOG TERBIAR!!!

Tiada ulasan: