ku buka minda yang sekian lama terkunci, untuk seketika aku kembali berfikir, banyak soalan yang bermain dimindaku masih terungkai tanpa sebarang jawapan... kulihat ramai insan disekelilingku, tapi tiada satu yang membuatkan aku rasa tidak berseorangan, ku punya sahabat tetapi aku rasa mereka semakin jauh dan semakin hilang dari lakaran kehidupanku, TAK KEKAL!!! memang itulah lumrah kehidupan, tiada yang kekal, tapi mengapa diberi perasaan suka, kasih dan sayang terhadap sesuatu perkara yang tak kekal, sebagai cntoh sahabat2ku, saat ini aku gembira mempunyai sesuatu yang ku sayang, tetapi saat diriku mengingati saat2 kematian yang bakal dilalui, bilamana selepas kematian, tiada perkara lagi diingatan sekalipun ahli keluarga kita sendiri, semua memori2 yang indah itu lenyap dengan seketika, seseorang berkata kepadaku, jangan fikirkan saat itu, tapi nikmati lah saat2 gembira itu, tapi aku tetap menyanggah kerana bagiku, semakin aku menikmati detik indah dalam hidupku, semakin aku tidak sanggup untuk kehilangannya.... TAKUT!!! itu lah diriku.... aku akui, aku memang seorang penakut yang terlalu takut dengan masa hadapan yang bakal tiba.... dengan perasaan takut itu juga, aku mencipta tembok2 disekelilingku, aku tak ingin mempunyai sebarang perasaan terhadap apa2 perkara yang hanya datang sementara dalam kamusku, aku membiarkan diriku hidup sendirian didindingi tembok yang kucipta sendiri, hanya kerana TAKUT akan detik dimana aku akan lupakan semua,kehilangan semua....

Tiada ulasan: