semua manusia ingin keluarga bahagia, ibu, ayah,kakak, adik...
tak terkecuali aku...
dulu aku merasai detik keluarga itu, tetapi hari ini semuanya lenyap...
kenapa??? aku sendiri tak pasti... aku hanya seorang anak angkat yang dibesarkan sejak bayi lagi, keadaan itu membuatkan aku tak pernah ingin tahu tentang keluarga kandungku... sekalipun hubungan ku dengan mereka terlalu ketara seperti orang asing yang tinggal serumah.
"MAK....." aku sendiri tak ingat bila saat terakhir aku mengungkapkan ayat itu secara ikhlas,tetapi keajaiban... walaupun hati sedih, sakit, pedih dan sebak di dada, wajah masih mampu melakonkan watak insan yang gembira. sesekali aku terasa penat untuk teruskan berlakon di pentas kehidupan ini, tetapi apa yang mampu aku lakukan... sabar, redha dan terus menyisihkan diri dari masyarakat kerana risau tersilap dialog dalam pertuturan... sekali sekala ku melihat lakonan ciptaan manusia, aku akui ia memang ada mempunyai sedikit persamaan dengan realiti, tetapi walaupun begitu, ending realiti tak semua indah dan gembira, dan itu membuatkan aku benci melihat lakonan2 ciptaan yang hanya membuahkan harapan pada diri bahawa dipengakhirnya semestinya ending yang bahagia.... hidup bukan suatu pentas lakonan... hidup adalah suatu perjalanan, pendakian, pengembaraan, dan keraguan, kerisauan akan sentiasa menemani diri disaat kaki mula mengorak langkah... penat, putus asa, buruk, baik, semuanya tak siapa yang tahu, tetapi berwaspada adalah antara caranya....

Tiada ulasan: