buang masa

rutin sehari-hariku sentiasa sama, berfikir sejenak, adakah tindakan ku selama ini bermanfaat, bukan ingin menunjuk hebat, tetapi aku juga seorang hamba seperti kalian, dan mungkin juga lebih teruk, pantang seseorang memberi peringatan, nasihat dan teguran, terus dikatakan ahli agama, penceramah dan sebagainya, sekali lagi ku katakan, aku juga seorang hamba seperti kalian, dan mungkin juga lebih teruk, setiap saat yang berlalu terus berjalan tanpa henti, adakah kalian sedar? mungkin sahaja anda berkata sedar, dan kalian juga mengakui bahawa sesaat yang berlalu itu takkan kembali, sedarkah kalian bahawa maut semakin mendekati? tentu jawapan kalian juga kata ya! tahu! eloklah kalau macam tu dan aku berharap ya dan tahu itu bukan pada kata-kata tapi juga pada tindakan. tak cemburukah kalian dengan para ulama, ahli agama, pendakwah seperti ustaz azhar, ustaz kazim, ustaz don, dan lain-lain, mereka sering kali sibuk mengejar ganjaran, kasih, cinta dan redha illahi, sedangkan kita, YA! kita online fb, twitter, update blog, chatting sekadar mengisi masa kebosanan kononnya, kalau tak pun nak release tension kononnya, haha bijak aku berbicara sedangkan aku juga seperti itu, tapi alhamdulillah aku tersedar, dan kini aku dalam proses mengorak langkah memperbaiki diri, jom sama2 mula dari sekarang... errr... apa? ada bantahan... kenapa? ala.... cukuplah bagi alasan, tak malu kah dengan sang pencipta, diri ni dah banyak bergelumang dengan dosa dalam sedar dan tidak, masih nak bagi alasan, tolonglah malu, MALU! tau tak MALU!

ah! pergi jahanam dengan malu, aku bukan berbogel di khalayak ramai, buat apa nak malu....

istighfar andai itu yang difikirkan, saat ni aku sedih sangat, marah sangat, benci sangat segala perasaan bercampur aduk melihat keadaan sekarang ini, buang masa sewenang-wenangnya lepas tu heboh-heboh kononnya BOSAN!!! 


facebook dihadap berjam-jam, surat cinta dariNYA dibelek seketika, lagi nak kata BOSAN!!!


siapalah aku untuk berkata-kata...

hey! aku saudara seagama dengan kalian, aku harap kalian ingat tu, tegur menegurlah, ingat memperingati, kalau kalian tegur aku pun, insyALLAH aku terima.

bila bercerita tentang mati ? majoriti akan berharap, termasuk aku sendiri


"YA TUHANKU, AKU BELUM BERSEDIA, AMALAN KU BELUM MENCUKUPI, MINIMUM SANGAT-SANGAT"


alhamdulillah, sedar juga aku tak cukup amalan, tapi tengok-tengok buka fb update "arggghhh!!! lapar." line laju sekalipun mengambil masa 5 minit kot nak update status camni, hah! 5 minit, ala... bukan lama pun... bukan lama.... hmmm 60 saat X 5 = 300 saat... wuiii.... memang tak lama pun, tapi berzikir alhamdulillah sekali mungkin ambil 2-3 saat, 300 saat dapat ucap 100-150 kali, ALLAHU AKBAR... banyak gak pahala boleh dapat dalam 5 minit, tapi update status tadi pun best jugak, dapat 100 like... weeeee.... dapat pahala tak popular, wekkkk :P  dapat like, wah! rasa macam artis... happy, happy


tiba-tiba ada orang cerita tentang mati lagi


"AKU BELUM BERSEDIA, AMALAN AKU TAK CUKUP, MINIMUM SANGAT-SANGAT, PANJANGKAN LAH UMUR KU"


kita buang masa, sedar tak?
kita rugikan diri sendiri, sedar tak?
kita bijak reka alasan, sedar tak?
semua datang dari kita, sedar tak?

alasan klasik: sekali sekala kita kena juga release tension, sekali sekala kita kena rehat, sekali sekala kita kena juga bersosial, sekali sekala... sekali sekala... sekali sekala...
ok! baiklah... SEKALI SEKALA HIDUP KITA, HEMBUSAN NAFAS KITA, NYAWA KITA, ROH KITA MILIK KITA JUGA, SUKA HATILAH NAK BUAT APA KAN

HAH! BOLEHKAH? MACAM MANA NAK HEMBUS NAFAS SENDIRI TANPA DIA, AKU BOSAN LAH BERHARAP DENGAN DIA, IA BUAT AKU RASA BERHUTANG DAN MENYEBABKAN AKU KENA INGAT DIA SETIAP DETIK DAN SETIAP HELA NAFAS....


[NAK LUPAKAN BERKHIDMAT, SUJUD, BERIBADAH PADA DIA SEKALI SEKALA BOLEH, TAPI PASTIKAN SEKALI SEKALA ITU TIADA KAITAN, BANTUAN, PENGHARAPAN DARI DIA, DAN MULAKAN DENGAN BERNAFAS SENDIRI TANPA DAPAT PEMBERIAN DARI TUHAN YANG ESA, AMACAM???]

*errr... sehelai bulu dan jasadku ini pun milik DIA, macam mana nak bernafas sendiri = =' 





terima kasih atas doa dan nasihat, kini aku berusaha mengubah

suatu ketika, aku terlalu lemah hingga terlanjur meluahkannya di tempat yang tak sepatutnya, ingin aku padamkan tetapi hatiku berkata biarlah, jadikan ia sebagai iktibar yang lalu.

itu bukan yang pertama, perasaan putus asa itu sentiasa menerjah,cuma waktu itu aku melepaskannya di alam nyata dan bukan dunia maya ini, cuma entah kenapa, hari itu jari ku ingin meluah perasaan yang tak sepatutnya disini, terima kasih kepada mereka yang sudi menjadi pendengar,tetapi aku takkan berbuata demikian, hari ini pon aku rasa sangat bersalah kerana sering kali meluahkan masalah ku kepada seorang rakan, berkali-kali juga aku memohon maaf kepadanya kerana membuatkan dia terpaksa melayan kerenahku, itu fikir mindaku,hinggakan dia lali mendengar kata maafku,haha... berkali2 dia kata,"takpe, aku faham, lagipon masalah tu kau takleh simpan sensorang, aku sentiasa sudi mendengar", berkali2 diajelaskan,tetapi rasa bersalah aku tetap ada,hinggakan suatu ketika, aku menyepikan diriku tanpa berhubung dengan sesiapa,aku cuba belajar untuk meluahkan kepada yang patut yakni DIA YANG MAHA SATU, tetapi aku tak cukup kuat lagi, waktu yang seharusnya aku belajar untuk bersendirian hanya membuatkan aku merasa sakit seorang diri apabila aku lebih cenderung untuk memendam, air mata yang mengalir sia-sia hanya kerana mengenangkan takdir ini cuba aku kawal, dan kesebakan di dada yang hadir. aku kalah, dan aku kembali menghubungi rakanku, dia seorang sahaja yang sering aku hubungi ketika di ulit kemarahan, kesedihan, kegelisahan, kerisauan dan sebagainya, dia seorang pelajar bukan seperti aku,itu membuatkan aku rasa bersalah dan risau andai aku menganggunya, aku sudah menerangkan,andai dia tiada masa jangan layani aku tetapi aku sangat kenal dengannya,aku yakin dia tidak akan berbuat demikian, dan aku rasa insan lain yang bergelar rakan pon mungkin akan melakukan perkara yang sama. baru-baru ini aku menghubunginya sekali lagi, bukan bercerita tentang masalah, tetapi meluahkan apayang aku rasa,kerana waktu itu aku rasa aku betul-betul memerlukan nasihat, akhir-akhir ini kepalaku sering kali sakit, aku merasa berat seolah-olah mengangkat suatu beban sedangkan aku bukan pelajar yang perlu menkaji dan menyelidik, tubuhku terasa terlalu lemah, kemalasan kataku, apayang aku fikirkan ialah aku hanya ingin tidur, kerana tidur membuatkan aku berhenti berfikir, dan aku memikirkan ia satau cara untuk aku mencari ketenangan,tetapi aku silap, hakikatnya aku tahu bahawa ketenangan itu akan aku capai apabila aku mendekatkan diri padaNYA, tetapi keinginan ku itu seolah-olah terhenti, tanpa sebarang tindakan, aku akui betapa bodohnya aku, ALLAH tela meberi hidayah padaku tetapi aku tidak mengendahkannya, bukan tak suka, tetapi ketakutan dan kerisauan bertandang di jiwaku, rakanku berkata "perasaan itu sentiasa hadir pada setiap insan, kau harus cuba", dalam rasa bersalah dan sedih,aku akui apa yang dikatanya itu benar, tetapi aku rasa benar-benar risau, kerisauan sendainya aku melakukan silap yang sama,mengingatinya, melupakannya kemudian mengingatinya semula seolah-olah permainan, aku tak sanggup.. sekali lagi rakanku berpesan dan mengingatkan bahawa aku patut bersyukur kerana diberi peringatan sedemikian, dan kemudian dia menyoal aku, adakah aku ingin melupakan dan tidak mengambil peduli dengan petunjuk yang aku terima??? aku terdiam sedih, " itulah aku kata,aku bodoh, aku dah nampak jalan, aku tahu apa yang aku harus lakukan tetapi aku tak nak, bodohnya aku", dan aku yakin sesiapa yang membaca pasti berkata perkara yang sama, aku memang bodoh, tetapi kemudian aku sekali lagi menyepi seketika, mencari sesuatu yang aku tak pasti, berfikir dan cuba bermuhasabah, dan ALHAMDULILLAH, aku berterima kasih padaNYA, dulu aku mengenggam kata "setiapyang berlaku ada hikmahnya" kemudian aku berpaling dengan kata itu kerana aku buta takmelihat hikmah yang ada,memang benar, DIA mengetahui apa yang terbaikuntuk hambaNYA...

disini aku kongsikan beberapa ayat yang aku rasa tak perlu aku terangkan,kerana kalian mampu memahaminya sendiri:

Allah mahukan buat kamu, bukan apa yang kamu mahu dari dirimu sendiri.
  * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Meskipun mereka dicuba dan diduga, namun mereka tidak berganjak seinci pun dari jalan Kami dan tidak pula meminta sesuatu dari Kami. Dalam langkah permulaan dalam perjalanan itu, mereka mengatasi semua nafsu dan cita-cita yang berkaitan dengan dunia dan akhirat. Mereka beruzlah (memencilkan diri) dari dunia hingga tidak ada sesiapa yang mengetahui mereka. Begitulah mereka itu tidak mahu publisiti (disebarkan kepada umum) dalam dunia ini."

bila aku mengingati ayat ini,aku sedar satu perkara, kata yang pernah aku genggam dulu memang benar, DIA merancang sesuatu yang baik untuk kita bukan apa yang inginkan semata-mata ingin memenuhi keinginan diri, aku tak perlu memencilkan diri ku, kerana DIA telah mebantu aku, DIA takdirkan aku sedemikian rupa, selama ini aku memikirkan kenapa insan yang disekelilingku seolah-olah ditakdirkan jauh daripada aku, aku marah dan sedih kerana dibiarkan sendirian, keluarga  yang tinggal serumah dengan ku pun tidak rapat dengan aku,tiada istilah kasih, aku bertanya kenapa aku ditakdirkan sebagai anakangkat kemudian disisihkan dan dibiar berseorangan, ibu dan kakak yang seharusnya menjadi teman ibarat ghuraba padaku, dan hari ini aku hanya duduk dirumah berseorang, sekali pun keluarga angkat ku ada bersama,aku tetap bersendirian melakukan kerjaku, aku tak rapat dengan mereka, rupanya DIA ingin aku berfikir dan mengapai redha dan kasihnya. semoga diberi ketabahan dan kesabaran.

aku ceritakan untuk memberitahu bahawa janjiNYA adalah pasti, bukalah mata hati,celikkan dan lihatlah disebalik tirai yang tertutup, sebenarnya ia benar-benar ada sebab tersendiri yang terbaik untuk kita, sesungguhnya, bukankah DIA maha mengetahui tentang diri kita dan terbaik untuk kita, dugaan takkan diberi melampaui batas kita, memang benar kita tak yakin pada diri, TETAPI DIA YAKIN PADA KITA, keyakinan apa yang lebih besar melainkan keyakinan dan kepercayaanNYA pada diri kita serta kebolehan kita.

* kisah ini hanya luahan semata-mata,dan semoga dapat memberi iktibar bagi mereka yang mengalami masalah yang sama,yakni putus asa dan pudar kepercayaan pada kata " setiap yang berlaku ada hikmahnya"

blogging

suatu aktiviti yang pada awalnya untuk mengisi masa kebosananku,
aku suka mencuba sesuatu yang baru, 
tetapi aku yakin, bukan aku seorang sahaja yang mempunyai keinginan sebegitu,
bila aku mula, ku ketahui bahawa blogging juga boleh memberi pendapatan sampingan untuk seseorang,
minat aku semakin tinggi lantaran aku hanya penganggur dirumah yang tidak belajar mahupun berkerja,
tapi untuk itu, aku kena bijak membuat catatan, sedikit demi sedikit aku belajar,
bila satu isu hangat dibangkitkan, beberapa orang blogger akan mempergunakan peluang itu untuk menarik orang lain untuk mengunjungi blog mereka, aku cuba untuk berbuat sedemikian...
tetapi ia hanya untuk seketika, bila isu yang tidak elok diheboh-hebohkan aku mula bertanya pada diriku,
adakah aku ingin menjadi seperti mereka, mengambil peluang atas kedukaan beberapa orang insan hanya untuk menaikkan BLOG!!!
aku mengundurkan diri...

bila suatu ketika, aku tertarik dengan drama dikaca tv, dan aku berniat untuk mencari sumber untuk aku memuat turun agar aku bisa menjadikan ia sebagai simpanan peribadiku, tidak terkecuali juga filem-filem... saat itu, aku berfikir sekali lagi, MUAT TURUN!!! ia tidak menjatuhkan sesiapa, tidak mengambil kesempatan atas sesiapa... mungkin ini akan aku jadikan intipati blog aku.... sekali dua aku lakukan, alhamdulillah... trafik aku meningkat dan kebanyakannya dari posting aku untuk mendownload drama, bila kesibukan menghimpit, aku tidak mampu meneruskannya lagi, "muat turun" tidak sesuai untuk aku yang sering kali kesempitan ruang untuk online setiap hari dan mencari sumber-sumber memuat turun... sekali lagi aku berhenti... mulai saat itu, aku hanya berdiam dan memerhati blog-blog yang lain untuk aku mencari apa yang ingin aku lakukan.... dan penyepianku itu sedikit sebanyak memberi aku ruang untuk berfikir tentang diri aku sendiri... hidup dalam dunia rekaanku sendiri, itulah perkataan sesuai untuk aku, aku pasti orang diluar sana seperti aku, masih mencari-cari identiti diri sendiri, cuma yang membezakan, segelintir mereka memandang remeh mengenainya.... siapa aku? aku ialah aku kataku, jawapan yang mudah bukan, tapi hakikatnya aku langsung tidak mengenali siapa "aku", perwatakan, peribadi, keinginan, dan segala-galanya tidak jelas untuk aku, seperti aku katakan, "aku hidup dalam dunia rekaanku" dan dunia rekaanku lebih cenderung di alam maya... blog, mukabuku, tumblr, twitter semuanya aku ingin sebatikan dengan diriku, kerana itulah duniaku, tetapi pandangan yang tidak jelas, membuatkan aku sering berubah-rubah dalam membentuknya, seperti blog ini... aku tidak tahu apa yang ingin aku warta kan... keinginan sudah tercipta di lubuk mindaku,tetapi bagaimana?aku tak pasti.... cuma yang aku tahu.... blog adalah antara duniaku, dan aku lebih selesa dengan sikap menyendiriku, andai dulu aku memikirkan ia sebagai modal sampingan aku mencari sedikit wang, menanti bilangan pengikut, trafik dan juga mengharapkan ada orang membaca apa yang tercatat, kini aku tak peduli semua itu, tapi bagi sesiapa yang membaca taipan ini sekarang :) terima kasih kerana membaca, dan maaf sebab intipati ini hanya catatan kosong luahan seorang hamba yang bernama...