buang masa

rutin sehari-hariku sentiasa sama, berfikir sejenak, adakah tindakan ku selama ini bermanfaat, bukan ingin menunjuk hebat, tetapi aku juga seorang hamba seperti kalian, dan mungkin juga lebih teruk, pantang seseorang memberi peringatan, nasihat dan teguran, terus dikatakan ahli agama, penceramah dan sebagainya, sekali lagi ku katakan, aku juga seorang hamba seperti kalian, dan mungkin juga lebih teruk, setiap saat yang berlalu terus berjalan tanpa henti, adakah kalian sedar? mungkin sahaja anda berkata sedar, dan kalian juga mengakui bahawa sesaat yang berlalu itu takkan kembali, sedarkah kalian bahawa maut semakin mendekati? tentu jawapan kalian juga kata ya! tahu! eloklah kalau macam tu dan aku berharap ya dan tahu itu bukan pada kata-kata tapi juga pada tindakan. tak cemburukah kalian dengan para ulama, ahli agama, pendakwah seperti ustaz azhar, ustaz kazim, ustaz don, dan lain-lain, mereka sering kali sibuk mengejar ganjaran, kasih, cinta dan redha illahi, sedangkan kita, YA! kita online fb, twitter, update blog, chatting sekadar mengisi masa kebosanan kononnya, kalau tak pun nak release tension kononnya, haha bijak aku berbicara sedangkan aku juga seperti itu, tapi alhamdulillah aku tersedar, dan kini aku dalam proses mengorak langkah memperbaiki diri, jom sama2 mula dari sekarang... errr... apa? ada bantahan... kenapa? ala.... cukuplah bagi alasan, tak malu kah dengan sang pencipta, diri ni dah banyak bergelumang dengan dosa dalam sedar dan tidak, masih nak bagi alasan, tolonglah malu, MALU! tau tak MALU!

ah! pergi jahanam dengan malu, aku bukan berbogel di khalayak ramai, buat apa nak malu....

istighfar andai itu yang difikirkan, saat ni aku sedih sangat, marah sangat, benci sangat segala perasaan bercampur aduk melihat keadaan sekarang ini, buang masa sewenang-wenangnya lepas tu heboh-heboh kononnya BOSAN!!! 


facebook dihadap berjam-jam, surat cinta dariNYA dibelek seketika, lagi nak kata BOSAN!!!


siapalah aku untuk berkata-kata...

hey! aku saudara seagama dengan kalian, aku harap kalian ingat tu, tegur menegurlah, ingat memperingati, kalau kalian tegur aku pun, insyALLAH aku terima.

bila bercerita tentang mati ? majoriti akan berharap, termasuk aku sendiri


"YA TUHANKU, AKU BELUM BERSEDIA, AMALAN KU BELUM MENCUKUPI, MINIMUM SANGAT-SANGAT"


alhamdulillah, sedar juga aku tak cukup amalan, tapi tengok-tengok buka fb update "arggghhh!!! lapar." line laju sekalipun mengambil masa 5 minit kot nak update status camni, hah! 5 minit, ala... bukan lama pun... bukan lama.... hmmm 60 saat X 5 = 300 saat... wuiii.... memang tak lama pun, tapi berzikir alhamdulillah sekali mungkin ambil 2-3 saat, 300 saat dapat ucap 100-150 kali, ALLAHU AKBAR... banyak gak pahala boleh dapat dalam 5 minit, tapi update status tadi pun best jugak, dapat 100 like... weeeee.... dapat pahala tak popular, wekkkk :P  dapat like, wah! rasa macam artis... happy, happy


tiba-tiba ada orang cerita tentang mati lagi


"AKU BELUM BERSEDIA, AMALAN AKU TAK CUKUP, MINIMUM SANGAT-SANGAT, PANJANGKAN LAH UMUR KU"


kita buang masa, sedar tak?
kita rugikan diri sendiri, sedar tak?
kita bijak reka alasan, sedar tak?
semua datang dari kita, sedar tak?

alasan klasik: sekali sekala kita kena juga release tension, sekali sekala kita kena rehat, sekali sekala kita kena juga bersosial, sekali sekala... sekali sekala... sekali sekala...
ok! baiklah... SEKALI SEKALA HIDUP KITA, HEMBUSAN NAFAS KITA, NYAWA KITA, ROH KITA MILIK KITA JUGA, SUKA HATILAH NAK BUAT APA KAN

HAH! BOLEHKAH? MACAM MANA NAK HEMBUS NAFAS SENDIRI TANPA DIA, AKU BOSAN LAH BERHARAP DENGAN DIA, IA BUAT AKU RASA BERHUTANG DAN MENYEBABKAN AKU KENA INGAT DIA SETIAP DETIK DAN SETIAP HELA NAFAS....


[NAK LUPAKAN BERKHIDMAT, SUJUD, BERIBADAH PADA DIA SEKALI SEKALA BOLEH, TAPI PASTIKAN SEKALI SEKALA ITU TIADA KAITAN, BANTUAN, PENGHARAPAN DARI DIA, DAN MULAKAN DENGAN BERNAFAS SENDIRI TANPA DAPAT PEMBERIAN DARI TUHAN YANG ESA, AMACAM???]

*errr... sehelai bulu dan jasadku ini pun milik DIA, macam mana nak bernafas sendiri = =' 





3 ulasan:

Al Faqir Rabi'ah Al 'Adaweeyah berkata...

assalamu'alaikum.

first time ke sini. terima kasih atas peringatannya dik hamba.

jazakumullahu khairan kathira. :)

pengemis Cinta~ berkata...

Salam ziarah..

perkongsian bermanfaat. teruskan..;)

FIEDA BLOG berkata...

pendedahan yang baik tuk tatapan pembaca...good job..