blogging

suatu aktiviti yang pada awalnya untuk mengisi masa kebosananku,
aku suka mencuba sesuatu yang baru, 
tetapi aku yakin, bukan aku seorang sahaja yang mempunyai keinginan sebegitu,
bila aku mula, ku ketahui bahawa blogging juga boleh memberi pendapatan sampingan untuk seseorang,
minat aku semakin tinggi lantaran aku hanya penganggur dirumah yang tidak belajar mahupun berkerja,
tapi untuk itu, aku kena bijak membuat catatan, sedikit demi sedikit aku belajar,
bila satu isu hangat dibangkitkan, beberapa orang blogger akan mempergunakan peluang itu untuk menarik orang lain untuk mengunjungi blog mereka, aku cuba untuk berbuat sedemikian...
tetapi ia hanya untuk seketika, bila isu yang tidak elok diheboh-hebohkan aku mula bertanya pada diriku,
adakah aku ingin menjadi seperti mereka, mengambil peluang atas kedukaan beberapa orang insan hanya untuk menaikkan BLOG!!!
aku mengundurkan diri...

bila suatu ketika, aku tertarik dengan drama dikaca tv, dan aku berniat untuk mencari sumber untuk aku memuat turun agar aku bisa menjadikan ia sebagai simpanan peribadiku, tidak terkecuali juga filem-filem... saat itu, aku berfikir sekali lagi, MUAT TURUN!!! ia tidak menjatuhkan sesiapa, tidak mengambil kesempatan atas sesiapa... mungkin ini akan aku jadikan intipati blog aku.... sekali dua aku lakukan, alhamdulillah... trafik aku meningkat dan kebanyakannya dari posting aku untuk mendownload drama, bila kesibukan menghimpit, aku tidak mampu meneruskannya lagi, "muat turun" tidak sesuai untuk aku yang sering kali kesempitan ruang untuk online setiap hari dan mencari sumber-sumber memuat turun... sekali lagi aku berhenti... mulai saat itu, aku hanya berdiam dan memerhati blog-blog yang lain untuk aku mencari apa yang ingin aku lakukan.... dan penyepianku itu sedikit sebanyak memberi aku ruang untuk berfikir tentang diri aku sendiri... hidup dalam dunia rekaanku sendiri, itulah perkataan sesuai untuk aku, aku pasti orang diluar sana seperti aku, masih mencari-cari identiti diri sendiri, cuma yang membezakan, segelintir mereka memandang remeh mengenainya.... siapa aku? aku ialah aku kataku, jawapan yang mudah bukan, tapi hakikatnya aku langsung tidak mengenali siapa "aku", perwatakan, peribadi, keinginan, dan segala-galanya tidak jelas untuk aku, seperti aku katakan, "aku hidup dalam dunia rekaanku" dan dunia rekaanku lebih cenderung di alam maya... blog, mukabuku, tumblr, twitter semuanya aku ingin sebatikan dengan diriku, kerana itulah duniaku, tetapi pandangan yang tidak jelas, membuatkan aku sering berubah-rubah dalam membentuknya, seperti blog ini... aku tidak tahu apa yang ingin aku warta kan... keinginan sudah tercipta di lubuk mindaku,tetapi bagaimana?aku tak pasti.... cuma yang aku tahu.... blog adalah antara duniaku, dan aku lebih selesa dengan sikap menyendiriku, andai dulu aku memikirkan ia sebagai modal sampingan aku mencari sedikit wang, menanti bilangan pengikut, trafik dan juga mengharapkan ada orang membaca apa yang tercatat, kini aku tak peduli semua itu, tapi bagi sesiapa yang membaca taipan ini sekarang :) terima kasih kerana membaca, dan maaf sebab intipati ini hanya catatan kosong luahan seorang hamba yang bernama...

3 ulasan:

muharikah berkata...

teruskan menulis. jangan putus asa keh?

hamba berkata...

terima kasih akak ^^

azzahoney berkata...

check this out. http://chocolatemousse2.blogspot.com/. i have deleted my previous blog.so thiis is the new one.:)