Kisahku: 2.aku menduakan agama

Bismillahirrahmannirahim...
hari ini inginku ceritakan akan kisah kehidupanku dalam mengenal agama suatu ketika dahulu. catatan yang lalu menjadi memori untukku merefleksi diri, bukan meminta simpati, perhatian mahupun apa-apa, tetapi sekadar perkongsian untuk dijadikan tatapan.
sudahku ceritakan kejahilanku di entri yang lalu, kini inginku ceritakan bagaimana pemikiranku yang cetek ilmu hampir membuatku terus menduakan tuhan dan agama. seperti yang ku katakan di entri yang lalu, aku seorang yang sangat jahil, ajaran agama terlalu minimum, saat itu aku baru berumur 8 atau 9 tahun, pertukaran kelas dan perkenalan dengan kawan baru berlaku, PENGARUH RAKAN SEBAYA!!! itu lah yang mempengaruhi cara berfikirku, BECCA(bkn nma sbnar) ialah rakan yang duduk disebelah ku waktu itu, dia memang baik, bijak, dan mudah mesra, aku semakin rapat dengan dia, dan aku seringbercerita dengannya, dengan keadaan ku yang jahil tapi mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat kuat, ku bertanya tentang agamanya dan konsep tuhan, dia pun mula membuka cerita dan perasaan ingin tahuku semakin membuak-buak, dari apa yang diceritakan, aku membuatkan konklusi ku sendiri bahawa agama kristian itu sama dengan islam bila mana mereka ada larangan minum arak, zina dan beberapa perkara lain, aku terus
bertanya kepadanya kerana aku ingin benar mengetahui kenapa agamaku dan dia tak sama sedangkan larangannya hampir sama, dia pernah berkata bahawa dorang tak pernah menganggap yesus itu tuhan cuma mereka menyembah tanda hormat kerana bagi mereka yesus itu anak tuhan dan menyembah untuk tanda terima kasih kerana beliau menyalibkan diri untuk membersihkan dosa-dosa umatnya, aku tak berfikir panjang, aku cuma berfikir ikut apa yang aku tahu, aku pernah terdengar kisah nabi isa, tetapi aku x jelas sangat dengan cerita itu, hasilnya aku mula percaya bahawa kristian dan islam itu satu, sejak itu becca sentiasa bercerita tentang agamanya, setiap hari ahad, dia akan ke gereja, dan hari isnin dia akan ceritakan apa yg orang gereja cakap, tiba suatu saat dia memberikan aku sebuah buku kecil dengan halaman yang kosong tetapi berlainan warna, dia pun menjelaskan bahawa setiap warna itu mempunyai makna tersendiri, contohnya, putih itu syurga, merah itu darah yesus dan sebagainya, dia menyuruh aku menyimpannya, aku pun semakin terpesong, setiap kali aku melalui gereja, aku akan melakukan sembah salib(genggam tanggan dan ibu jari seolah2 melakar salib dari dahi k dada, bahu kiri k kanan dn diakhiri di dada dan kucup ibu jari dlm keadaan tangan masih bergenggam), saat melalui masjid aku memuji kebesaran ALLAH dengan mengucapkan beberapa zikir.
beberapa tahun kemudian, ketika aku berumur 11 tahun, aku ditukarkan kelas, aku tidak bersama dengan becca lagi, dan saat ini pula hati aku mula mendekati islam setelah perkenalanku dengan afiqah... kami duduk di bhagian tengah dengan 3 meja bersusun, afiqah merupakan pelajar sekolah agama, di pagi hari dia akan bersekolah di st. patrick yakni sekolahku juga, manakala petang, dia akan menghadiri sekolah islamiyyah, dengan kelebihannya itu dia sering mendapat markah tertinggi dalam subjek agama islam, paling rendah dia dapat 98%, paling tinggi sah2 la 100%, waktu rehat kami sering berehat bersama, dan time tu lah dia akan mengajar kami subjek agama sambil2 tu ada gak dia bercerita tentang islam hingga membuatkan aku tertarik untuk terus mendengar, 2 tahun yang berlalu terlalu singkat ku rasakan, sedih berpisah dengan mereka, tetapi dengan ilmu yang diberi walaupun tak sempurna membuatkan aku bersyukur sangat2 dan dengan ketidak sempurnaan kisah itu lah yang mebuatkan aku terus mencari dan mendekati dengan agamaku yang sebenar iaitu ISLAM, bertahun2, tiba masa aku telah dewasa ilmu demi ilmu yang ku terima akhirnya aku berfikir akan silapku ketika aku berumur 8/9 thun, aku meminta pendapat beberapa insan yang arif tentang situasi diriku, adakah aku murtad??? tiada jawapan yang pasti, cuma mereka menyarankan aku selalu mengucapkan syahadah dan bertaubat memohon keampunan kerana kejahilan. wallahu'alam
p/s: bersyukur sangat2 masuk SMK kuhara walaupun pd mulanya x suka, di sinilah aku mengenal agama dan erti kehidupan, ALHAMDULILLAH, ASTAGHFIRULLAH

Tiada ulasan: