kini baru kusedar, DIA ada bersamaku...

"blog update! blog update!"
itu ja ayat yg bermain kat minda farah lepas farah buat blog nie hari tu, tapi farah tak taw nak msukkan catatan ape, sebab hari-hari yang farah lalui tak ada beza pun, hari-hari yg dilalui sama ja tanpa sebarang kisah yang nak dikongsi...

tapi hari nie farah ada kisah sikit nak cite, kjadian nie berlaku 4 atau 5 hari yang lalu, mungkin cite nie takde lah istimewa sangat ataupun seronok, ataupun menarik atau ape-ape lah yang sama waktu dengannya,
tapi ia bermakna bagi farah, seolah-olah farah telah mendapat kembali semangat dan jiwa farah yang semakin menjauh dan hilang dari diri farah...

farah yakin bahawa kita semua mempunyai masalah tersendiri, sebab kat dunia nie mana ada manusia yang tak terlepas daripada ujian, termasuklah juga diri farah nie... andai dahulu farah terasa lemah dan ingin merebahkan diri ke bumi tanpa bangkit semula, kawan-kawanlah yang ada bersama farah, ada yang memberi nasihat, dan kadangkala melihat mereka tersenyum dan gembira sahaja sudah mencukupi bagi farah untuk melupakan segala kesediha dan kedukaan untuk seketika... namun kini farah dah berpisah dengan mereka apabila mereka menyambung pelajaran, tinggallah farah bersendirian menghadapi ujian kehidupan yang tak pernah henti, farah cuba dan terus mencuba untuk mengagahkan diri menghadapi segala-galanya, namun farah lemah dan gagal hingga farah mula melupakan nasihat2 dan pegangan yang menjadi pedoman farah selama nie, nmun alhamdulillah kerana ALLAH masih tidak melepaskan farah untuk hanyut, farah dapat melihat segelintir insan yang tekanan dengan kehidupan seperti  farah menamatkan segala-galanya dengan mengambil laluan yang singkat dan gelap itu seperti membunuh diri, menagih dadah, mencari kebahagiaan dunia yang merosakkan dan banyak lagi, mungkin pada mulanya farah hampir menjejaki mereka dengan membuat perkara bodoh yang bisa meragut nyawa, namun dengan kasih ALLAH, farah cepat sedar dan farah tidak terlalu hanyut untuk meneruskannya, pada masa yang sama juga farah sedar bahawa farah telah mempunyai masalah kemurungan yang semakin meningkat... farah terasa ingin mencari ketenangan untuk melepaskan segala-galanya hingga tiba suatu saat, farah bersendirian di rumah seperti hari-hari kebiasaan, farah mematikan segala sumber elektrik spt kipas, lampu dan televisyen, saat itu farah hanya mendengar lagu nyanyian sami yusuf yang mana memberi farah sedikit keringanan dan ketenangan jiwa,  farah rebahkan diri di lantai dan melihat kesiling, lalu farah pejamkan mata sambil melayan ketenangan irama lagu... dibuai kekhusyukan dan irama menyentuh kalbu penangan sebuah lagu, tiba-tiba farah mengalirkan air mata dan saat itu farah langsung tidak berniat ingin membuka mata, kenapa??? farah pun tak tahu, hingga ke saat ini pun farah masih tidak menemui sebarang jawapan, tapi apa yang pasti farah tak mahu mebuka mata kerana sesuatu yang indah mengalir di minda dan jiwa, ditambah pula perasaan saat air mata terasa kebasahannya di pipi, waktu itu hanya namaNYA yang terkeluar dari mulut dan terasa sebak saat mengucapkannya, waktu itu farah rasa sedih sebab selama ini farah tak henti-henti memikirkan yang farah sendirian, waktu bersama kawan2 dulu, kawan-kawan yang sering meperingatkan untuk selalu mengingatiNYA saat farah memerlukan seseorang, tapi lepas berpisah, yang bermain di minda, "AKU SENDIRI", tapi saat yang sekejap itu membuatkan farah mengingat kembali pesanan, nasihat dan pedoman farah yang dahulunya hilang, selepas saat itu, farah sentiasa ingatkan diri bahawa disaat kita kesedihan, yakinlah bahawa DIA ada bersama kita...
farah berterima kasih pada kawan-kawan farah...
t**h, farah ucap terima kasih dan bersyukur kerana mengenali seorang teman spertimu...

Tiada ulasan: