Lama tak update blog

dalam keadaan macam ni, orang akan cakap, blog bersawang, berhabuk dan macam-macam lagi, tapi semua tu sekadar kiasan. aku bukanlah seorang yang bijak untuk memberi ilmu, aku hanyalah hamba yang khilaf, jahil,lemah lagi hina, dan aku masih sesat dalam mengenal diri aku sendiri. setelah sekian lama berdiam, ingin aku katakan bahawa senyap ku mempunyai banyak kisah yang mungkin tak mampu aku ceritakan. tapi terdapat beberapa catatan yang sempat aku lakar pada tumblrku, entah kenapa, aku lebih suka meluah disitu... [secebis warkah dariku]

pada 16 ogos, ibuku telah pergi tak kembali kepadaNYA, manakala ayahku sakit dan hanya berbaring dikatilnya
aku? 
hmm... seolah tiada kata untuk menerangkan keadaan ku, hari-hari yang dilalui kelihatan sama sahaja, hanya menunggu untukku melihat apa yang bakal berlaku di saat-saat mendatang.


Entri Ramadhan dari AKU

Basmallah...

alhamdulillah diberi kesempatan merasai hari pertama ramadhan yang barakah dalam keadaan sihat dan tiada serba-serbi kekurangan

bila dibicara tentang ramadhan, yang terlintas diminda ialah, puasa, bazaar, makanan, raya,terawih dan macam-macam lagi lah, kematian yang semakin dekat pun mungkin sahaja tidak difikirkan. kali ini aku menaip bukan sekadar memberi ucapan SELAMAT BERPUASA, SELAMAT BERSAHUR, dan MEMOHON KEMAAFAN DI BULAN MULIA, tapi aku menaip sekadar memberi ingatan bahawa ajal tidak mengenal waktu dan tempat, mungkin ada yang tertanya, kenapa kematian yang ingin aku ulaskan? kenapa bukan tentang pilihan juadah bersahur atau berbuka yang sering kali menjadi bualan di bulan ramadhan...

jawab aku: AKU MENERIMA NOTIS PERINGATAN

dan aku sekadar ingin memberi perkongsian, malam pertama terawih, aku membuka laman mukabuku,, terlihat banyak ucapan selamat berpuasa kulihat, lalu ku ringankan jari mengucapkan perkara yang sama pada kenalan yang tengah online, salah seorang dari mereka merupakan kenalan yang sering kali menjadi teman bualku, dan malam itu dia lain dari yang lain, aku bertanya kenapa? dan dia menjelaskan bahawa dia menunggu panggilan rakannya, kerana salah seorang rakannya yang lain kemalangan dan berada di hospital dalam keadaan kritikal, saat itu aku masih tidak ambil endah sangat, kerana aku rasa ia satu perkara biasa, kemalangan, "andai tiba waktu dia pergi, itu takdirnya" bicara aku sendiri dan keesokannya pula, aku pergi ke sebuah kedai yang sering kali aku kunjungi, pekerjanya juga ibarat rakanku, mereka sedang bercerita tentang sesuatu,aku tertarik, pada masa yang sama, senaskhah surat khabar cina terbuka dihadapanku dengan gambar kemalangan, bila aku cuba teliti apa yang mereka ceritakan,aku sudah tahu ia adaa kaitan dengan surat khabar itu,lalu aku bertanya kenapa? rupanya kemalangan yang diceritakan di surat khabar itu berlaku di daerahku sendiri, dan ia berlaku sebelum hari pertama ramadhan, dan mereka amat kenal dengan insan tersebut kerana sering kali datang ke kedai itu seperti aku, bila difikirkan, tiada apa-apa yang patut aku risaukan kerana memang lumrah manusia sedemikian, tetapi dalam tidak sedar, ALLAH ingin menghantar pesanan sebenarnya, mereka yang terbabit dalam kemalangan itu langsung aku tidak kenali, bukan itu sahaja, sering kali, acap kali, banyak kali dah aku dan kamu semua mendapat khabar insan yang tak dikenali meninggal, tapi apa yang kita ambil dari pemberitahuan itu, sekadar bicara kosong dan menganggap itu perkara biasa, dan tidak mustahil untuk berlaku? ah! kita silap sebenarnya, semua pemberitahuan itu pesanan untuk kita sedar bahawa kematian datang tanpa pemberitahuan, tidak mengenal waktu dan tempat, saat ini aku berjaya melalui 2 hari puasa di bulan ramadhan dan saat inijuga aku menunggu waktu untuk melengkapkan 3, tapi sempatkah aku? berjayakah aku? tiada siapa yang tahu, boleh jadi saat sesiapa yang membaca taipan ku ini, aku telah tiada, wallahualam...

negatif kemajuan

basmallah...

hari ni banyak betul kemajuan aku tengok, dedolu pagar rumah harus buka manual, sekarang dah ada mesin, tinggal tekan remote, tunggu beberapa minit dah buka lebar, dedolu nak makan ayam goreng bertepung kena adun bahan tepung semua, sekarang dah ada produk yang tinggal panaskan minyak dan masukkan ayam yang dah siap bertepung, takpun ada mesin menggoreng yang perlu tekan button, set masa dan tunggu, bukan tu je lah, banyak lagi kemajuan, aku bagi contoh yang buka mata aku, sebab waktu tengok pagar jiran yang auto tu dan goreng ayam pek, aku cakap sensorang, 'senangnya sekarang, dulu selalu si aben lari-lari nak buka pagar kalau ayah dia dah hon, ayam tepung pun jarang nak makan dulu sebab malas nak adun, sekarang hari-hari boleh makan,janji ada duit, janji aku pegi beli kat market... hurmmm...' sementara menunggu aku berfikir jap, "boleh buat topik ni..." aku bermonolog


Dan apabila dikatakan kepada mereka, "janganlah berbuat kerosakan di bumi!" mereka menjawab, "sesungguhnya kami justeru orang-orang yang melakukan pembaikan."
surah al-baqarah : ayat 11

ingatlah, sesungguhnya merekalah yang berbuat kerosakan, tetapi mereka tidak menyedari
surah al-baqarah : ayat 12

atas ni ayat yang membuatkan aku lebih tertarik nak kongsi apa yang aku fikir... dan aku rasa korang yang baca pun mungkin sokongkan, well! surat cintaNYA memang kebenaran yang nyata :)

tanyalah orang yang mencipta mesin-mesin semua, jawapan dorang majoriti kata "nak mempermudahkan kerja", aku sokong, dan aku tak larang, marah mahupun boikot kemajuan ni, tapi mempermudahkan sikit pun dah cukup, contoh mesin gergaji pokok, kereta dan sewaktu dengannya, aku taklah kejam sangat nak kata 'biarlah orang potong pokok guna parang je", "biarlah orang jalan kaki beribu meter tu haaa", sumpah! aku tak kejam sangat sampai camtu, tapi kemajuan yang aku nak kata ni macam remote pagar tu lah, game, tv 3D, iphone, dan sejenis dengannya, orang yang cipta benda tu memang genius bijak nak cipta benda tu. aku nak cakap lebih-lebih, bukan pencipta-pencipta tu baca ye dakkk.. jadi aku nak cakap dalam konteks kita je lah, konteks sebagai pengguna. cakap aku "JANGAN GALAKKAN PENGGUNAAN BENDA2 TU DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KORANG" guna dan beli benda yang betul-betul penuhi keperluan kita cukuplah.

sekarang aku tengok kat sekeliling aku, budak2 tak lepas dari gaming thing mcm psp tu haaa... aku pergi pizza hut, budak-budak kat situ ada psp kat tangan, 2-3 orang je yang takde mende alah tu, aku tengok budak tu syok sakan main, bg akulah kan, mende tu spoilkan waktu dengan keluarga, aku time kecik2 dulu, pegi kfc, sambil tunggu makanan datang, borak budak-budak dengan kakak, gado2 manja, senang cakap MESRA, jauh dengan budak2 tu, dorang main psp, kakak abang tengok sekeliling je, takpon pandang handphone dan mungkin gak ada yang sms kawan sbb betol2 tak tahu nak buat apa sambil tunggu makanan, [keadaan yang aku nyatakan berdasarkan apa yang aku lalui apabila aku pergi jalan, adik aku layan mainan dia je]. selain tu, benda ni mengalakkan diri menjadi malas, cuba tanya warga-warga tua, dedolu malas dorang cam mana, aku pernah dengar makcik2 aku bercerita [aku terdengar sebab duduk berhampiran, dan suara dorang lantang sangat], dorang cakaplah budak zaman sekarang pemalas betul, tak macam dulu zaman dorang, dorang cuma akan rasa malas kalau benda tu betul2 berat untuk dorang buat, macam nak pegi beli barang yang 4-5meter, amek air kat perigi dll. aku fikir betul gak, kenapa sekarang remaja kita malas, sedangkan manusia dahulu sama gak dengan manusia sekarang kan, haha... jawapan mudah, kita sudah terbiasa dengan kesenangan, putar pili, kuar air, tekan mancis,ade api, tekan remote, channel tv da tukar, tekan radio, auto search, xyah nak godek2,putar2 cari frekuensi, tekan remote, buka pagar, sekeliling keje mudah, jadi badan pun rasa malas dah sebab dah terbiasa nak mudah, dah terbiasa nak santai.

ok! entri ntah pape @.@