lupa?

aku nak bagitahu awal-awal, aku memang seorang pelupa, kau nak cakap apa, cakap je lah... nak cakap aku tua? nyanyuk? cakap je lah, yang penting aku dah bagitahu, tapi bila aku dah bagitahu dan kau tak ambil peduli itu memang menyengalkan aku apabila kau ajukan aku arahan yang pelbagai dicampur tambah bahagi dengan perkara-perkara lain dan soalan yang takda kaitan dengan arahan awal tadi...yang dengan mudahnya aku menjawab 

"LUPA!"

kau harus faham,aku mempunyai daya ingatan yang sangat lemah, kau cakap kau pelupa, itu common causes yang orang selalu alami tak terkecuali aku, tapi aku memang teruk,kau bagi aku 4 perkataan, dalam masa 2 minit aku akan ingat 1 atau 2 sahaja sebab apa... "LUPA!" dan jawapan pemes aku "TAK INGAT!" hohohoho

jadi jangan buang masa nak potpet banyak kat aku, gerenti aku tak ingat


Lama tak update blog

dalam keadaan macam ni, orang akan cakap, blog bersawang, berhabuk dan macam-macam lagi, tapi semua tu sekadar kiasan. aku bukanlah seorang yang bijak untuk memberi ilmu, aku hanyalah hamba yang khilaf, jahil,lemah lagi hina, dan aku masih sesat dalam mengenal diri aku sendiri. setelah sekian lama berdiam, ingin aku katakan bahawa senyap ku mempunyai banyak kisah yang mungkin tak mampu aku ceritakan. tapi terdapat beberapa catatan yang sempat aku lakar pada tumblrku, entah kenapa, aku lebih suka meluah disitu... [secebis warkah dariku]

pada 16 ogos, ibuku telah pergi tak kembali kepadaNYA, manakala ayahku sakit dan hanya berbaring dikatilnya
aku? 
hmm... seolah tiada kata untuk menerangkan keadaan ku, hari-hari yang dilalui kelihatan sama sahaja, hanya menunggu untukku melihat apa yang bakal berlaku di saat-saat mendatang.


Entri Ramadhan dari AKU

Basmallah...

alhamdulillah diberi kesempatan merasai hari pertama ramadhan yang barakah dalam keadaan sihat dan tiada serba-serbi kekurangan

bila dibicara tentang ramadhan, yang terlintas diminda ialah, puasa, bazaar, makanan, raya,terawih dan macam-macam lagi lah, kematian yang semakin dekat pun mungkin sahaja tidak difikirkan. kali ini aku menaip bukan sekadar memberi ucapan SELAMAT BERPUASA, SELAMAT BERSAHUR, dan MEMOHON KEMAAFAN DI BULAN MULIA, tapi aku menaip sekadar memberi ingatan bahawa ajal tidak mengenal waktu dan tempat, mungkin ada yang tertanya, kenapa kematian yang ingin aku ulaskan? kenapa bukan tentang pilihan juadah bersahur atau berbuka yang sering kali menjadi bualan di bulan ramadhan...

jawab aku: AKU MENERIMA NOTIS PERINGATAN

dan aku sekadar ingin memberi perkongsian, malam pertama terawih, aku membuka laman mukabuku,, terlihat banyak ucapan selamat berpuasa kulihat, lalu ku ringankan jari mengucapkan perkara yang sama pada kenalan yang tengah online, salah seorang dari mereka merupakan kenalan yang sering kali menjadi teman bualku, dan malam itu dia lain dari yang lain, aku bertanya kenapa? dan dia menjelaskan bahawa dia menunggu panggilan rakannya, kerana salah seorang rakannya yang lain kemalangan dan berada di hospital dalam keadaan kritikal, saat itu aku masih tidak ambil endah sangat, kerana aku rasa ia satu perkara biasa, kemalangan, "andai tiba waktu dia pergi, itu takdirnya" bicara aku sendiri dan keesokannya pula, aku pergi ke sebuah kedai yang sering kali aku kunjungi, pekerjanya juga ibarat rakanku, mereka sedang bercerita tentang sesuatu,aku tertarik, pada masa yang sama, senaskhah surat khabar cina terbuka dihadapanku dengan gambar kemalangan, bila aku cuba teliti apa yang mereka ceritakan,aku sudah tahu ia adaa kaitan dengan surat khabar itu,lalu aku bertanya kenapa? rupanya kemalangan yang diceritakan di surat khabar itu berlaku di daerahku sendiri, dan ia berlaku sebelum hari pertama ramadhan, dan mereka amat kenal dengan insan tersebut kerana sering kali datang ke kedai itu seperti aku, bila difikirkan, tiada apa-apa yang patut aku risaukan kerana memang lumrah manusia sedemikian, tetapi dalam tidak sedar, ALLAH ingin menghantar pesanan sebenarnya, mereka yang terbabit dalam kemalangan itu langsung aku tidak kenali, bukan itu sahaja, sering kali, acap kali, banyak kali dah aku dan kamu semua mendapat khabar insan yang tak dikenali meninggal, tapi apa yang kita ambil dari pemberitahuan itu, sekadar bicara kosong dan menganggap itu perkara biasa, dan tidak mustahil untuk berlaku? ah! kita silap sebenarnya, semua pemberitahuan itu pesanan untuk kita sedar bahawa kematian datang tanpa pemberitahuan, tidak mengenal waktu dan tempat, saat ini aku berjaya melalui 2 hari puasa di bulan ramadhan dan saat inijuga aku menunggu waktu untuk melengkapkan 3, tapi sempatkah aku? berjayakah aku? tiada siapa yang tahu, boleh jadi saat sesiapa yang membaca taipan ku ini, aku telah tiada, wallahualam...