saya tak tahu nak letak tajuk apa, tapi lepas baca berulang2 kali, ia mpunyai 2 isi yg nak dsampaikan, jd skali lg sy tak tahu nakletak tajuk apa

pukul 1. 47 pagi waktu malaysia bertarikh 19 januari 2012, saat itu aq memerhatikan catatan status-status insan di halaman utama muka buku, beberapa minit kemudian kepala aq mula terasa sakit, pening dan berat sbb pe...
jeng... jeng... jeng...


sebab dr mula aq tgok aq da mula bengang dgn dp sorg insan nie, trun lg, trun lg... ada org upload gamba terbaru, aq bengang lagi ble terlihat gamba2 tu, bilangan gamba 17, tp display 3 tu j pon da wat aq bengang thap gaban, sabo... sabo... aq trun lg... ok!tnang skit... gamba berperisa dakwah yg terselit, senyuman mula bermain diminda, aq trun lagi... HAH! dp dia tol2 mcm artis dgn free hair... tgok nick... eh.. eh... kwan aq la
semua manusia ingin keluarga bahagia, ibu, ayah,kakak, adik...
tak terkecuali aku...
dulu aku merasai detik keluarga itu, tetapi hari ini semuanya lenyap...
kenapa??? aku sendiri tak pasti... aku hanya seorang anak angkat yang dibesarkan sejak bayi lagi, keadaan itu membuatkan aku tak pernah ingin tahu tentang keluarga kandungku... sekalipun hubungan ku dengan mereka terlalu ketara seperti orang asing yang tinggal serumah.
"MAK....." aku sendiri tak ingat bila saat terakhir aku mengungkapkan ayat itu secara ikhlas,tetapi keajaiban... walaupun hati sedih, sakit, pedih dan sebak di dada, wajah masih mampu melakonkan watak insan yang gembira. sesekali aku terasa penat untuk teruskan berlakon di pentas kehidupan ini, tetapi apa yang mampu aku lakukan... sabar, redha dan terus menyisihkan diri dari masyarakat kerana risau tersilap dialog dalam pertuturan... sekali sekala ku melihat lakonan ciptaan manusia, aku akui ia memang ada mempunyai sedikit persamaan dengan realiti, tetapi walaupun begitu, ending realiti tak semua indah dan gembira, dan itu membuatkan aku benci melihat lakonan2 ciptaan yang hanya membuahkan harapan pada diri bahawa dipengakhirnya semestinya ending yang bahagia.... hidup bukan suatu pentas lakonan... hidup adalah suatu perjalanan, pendakian, pengembaraan, dan keraguan, kerisauan akan sentiasa menemani diri disaat kaki mula mengorak langkah... penat, putus asa, buruk, baik, semuanya tak siapa yang tahu, tetapi berwaspada adalah antara caranya....
ku buka minda yang sekian lama terkunci, untuk seketika aku kembali berfikir, banyak soalan yang bermain dimindaku masih terungkai tanpa sebarang jawapan... kulihat ramai insan disekelilingku, tapi tiada satu yang membuatkan aku rasa tidak berseorangan, ku punya sahabat tetapi aku rasa mereka semakin jauh dan semakin hilang dari lakaran kehidupanku, TAK KEKAL!!! memang itulah lumrah kehidupan, tiada yang kekal, tapi mengapa diberi perasaan suka, kasih dan sayang terhadap sesuatu perkara yang tak kekal, sebagai cntoh sahabat2ku, saat ini aku gembira mempunyai sesuatu yang ku sayang, tetapi saat diriku mengingati saat2 kematian yang bakal dilalui, bilamana selepas kematian, tiada perkara lagi diingatan sekalipun ahli keluarga kita sendiri, semua memori2 yang indah itu lenyap dengan seketika, seseorang berkata kepadaku, jangan fikirkan saat itu, tapi nikmati lah saat2 gembira itu, tapi aku tetap menyanggah kerana bagiku, semakin aku menikmati detik indah dalam hidupku, semakin aku tidak sanggup untuk kehilangannya.... TAKUT!!! itu lah diriku.... aku akui, aku memang seorang penakut yang terlalu takut dengan masa hadapan yang bakal tiba.... dengan perasaan takut itu juga, aku mencipta tembok2 disekelilingku, aku tak ingin mempunyai sebarang perasaan terhadap apa2 perkara yang hanya datang sementara dalam kamusku, aku membiarkan diriku hidup sendirian didindingi tembok yang kucipta sendiri, hanya kerana TAKUT akan detik dimana aku akan lupakan semua,kehilangan semua....