KISAHKU: 1. JAHILNYA AKU

Bismillahirrahmannirahim...
rasa terlalu lama diri ini menyepi dalam penulisan blog yang tak seberapa dan kelihatannya ibarat dinding yang bersawang... bukan tidak berminat, bukan juga niat berhenti tetapi minda ini ketandusan idea dan kurang pasti dengan penulisan yang ingin diwarkahkan didalam blog. inginku berkongsi ilmu namun ilmuku tidak seberapa untukku kongsikan kerana kejahilan diriku yang masih meniti tangga untuk lebih mendalami dan mempelajari, inginku jadikan diari hidupku agar dapat aku mengurangkan sedikit beban yang telah lama kusimpan didalam hatiku namun aku risau niatku itu disalah ertikan untuk mendapat simpati semata-mata,  inginku jadikan laman contengan bagi karya kata2ku namun siapalah aku??? tetapi hari ini aku terdetik untuk bercerita tentang apa yang ingin aku ceritakan... dan inilah cerita dari aku...

aku manusia biasa seperti kalian, seorang insan yang lemah, hina lagi jahil. sejak kecil aku kurang diberi pendedahan terhadap agamaku, iaitu ISLAM. ketika kecil, hidupku sama seperti kanak2 lain yang dikelilingi dengan kegembiraan, gelak ketawa dan gurauan, tetapi disebalik semua itu aku langsung tidak mengetahui bahawa aku mempunyai tanggungjawab sebagai seorang muslim, kalian tentu akan berkata "tak heranlah kerana waktu itu masih kecil dan belum berfikiran lagi" tetapi sebenarnya itulah titik permulaan bagi segala2nya yang bakal aku ceritakan. ketika itu pendidikan islam hanyalah sebuah subjek mata pelajaran bagi aku, sepertimana subjek BM, BI dll, tak pernah terlintas langsung tentang pegangan mahupun agama. bila ku kenang kembali, aku tersenyum sendiri pabila mengingatkan detik itu, dikala waktu subjek tersebut, kelasku akan digabungkan dengan kelas sebelah kerana bilangan pelajar islam tidak terlalu ramai, oleh kerana kelas sebelah dijadikan kelas subjek tersebut, kami harus mencari tempat duduk sendiri, aku dan beberapa orang kawanku memilih untuk berhimpit2 dibahagian belakang kelas kerana takut disoal oleh guru yang cenderung untuk memilih murid yang duduk dibahagian hadapan. dengan keadaan yang sedikit semput dan bising kerana teman2 disekeliling bercerita, aku sedikit pun tak pernah memberi perhatian dengan apa yang guru ajar dihadapan, hinggalah tiba saatnya guru itu mula mengetahui sikap kami yang duduk dibelakang tak memberi perhatian dan sering mengelak disoal, kami diarahkan duduk dibahagian hadapan dan suatu ketika aku dipersoal, aku hanya mampu berdiri kaku, dan terdiam tanpa sebarang jawapan, hinggakan tiba saat penilaian PAFA, aku tergolong dalam senarai yang tiada perkembangan dan lewat tamat, hinggakan ucapan dua kalimah syahadah yang menjadi tunggak utama, aku memerlukan bantuan rakan untuk merumikannya agar aku bisa menghafalnya, betapa jahilnya aku waktu itu, sedangkan perkara yang remeh pun aku tak mampu, inikan pula ke tahap yang seterusnya iaitu wudhu, solat, puasa dan sebagainya, tetapi waktu itu, semua itu tak bermakna untukku kerana bagiku ia tak lebih dari tugasan untuk aku mendapat kata LULUS dalam mata pelajaranku. waktu itu kau tanyakan sahaja padaku siapa itu Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim? jawapanku hanyalah tak tahu. beberapa tahun berlalu, aku telah mencapai usia 12 tahun, selama 5 tahun aku berada dikelas yang sama dengan rakan yang sama, penghujung sekolah rendahku, aku dinaikkan kelas dan bertemu dengan beberapa rakan baru yang selama ini aku kurang menyedari kehadiran mereka, dan salah seorangnya ialah AFIQAH ARSHAD, dan dialah insan yang menunjukkan aku intro kepada sesuatu yang sepatutnya sekian lama aku ketahui. siang harinya dia menjadi pelajar sepenuh masa, bilamana diwaktu pagi, dia akan ke sekolah ST. PATRICK, manakala petang pula dia akan ke sekolah AGAMA ISLAMIYAH, sering mendapat no 1 didalam kelas dan sering mendapat markah 98, 99 dan 100 % bagi subjek agama islam, lantaran diriku yang sering gagal dalam subjek tersebut, aku mula mendekatinya tambah pula dia seorang yang mesra, daripada belajar untuk lulus, aku semakin tertarik dengan cerita2 agama yang diceritakan pada kami 5 sekawan (dia,aq, mellisa, nurul ain dan shila), dengan sikap yang ingin tahu, aku mula bertanyakan soalan yang keluar daripada pembelajaran namun kemesraannya membuatkan dia tidak kisah untuk menjawab dan bercerita, tetapi seperti yang ku katakan, waktu itu aku berada di hujung persekolahan peringkat rendah, dan perpisahan sedang menunggu di hadapan, sedangkan aku baru mengorak langkah untuk mengejar yang hakiki...
BERSAMBUNG...

keputusan ada pada kita, namun bagaimana cara untuk membuat keputusan terbaik yang menjadi persoalan untuk kita

Tiada ulasan: